Thursday, December 6, 2012

KANTOI! Bukti Pengerusi BN Pulau Pinang Anti-Islam

Terserlah sikap rasis (perkauman), khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang.

Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah hodoh dan perkauman sempit mereka.

Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka.

Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri anti Melayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu.

Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri.

Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik.

Sikap rasis dan busuk hati Teng itu juga, mengesahkan selama lebih 50 tahun BN mentadbir Pulau Pinang, golongan tersebut telah menafikan hak masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang.

Kenyataan Teng di depan ahli dan penyokong Gerakan dan MCA, mengesahkan bahawa bekas kerajaan BN di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri, Koh Tsu Koon tidak pernah meluluskan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak mana yang diperuntukan kerajaan Pakatan Rakyat.

Tidak hairanlah Melayu dan Islam terus terpinggir di bawah pimpinan Umno BN di negeri ini, kerana pemimpin jenis inilah yang menghalang perkembangan Islam dan kemajuan Melayu Pulau Pinang selama ini.

Justeru itu, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menyelesaikan masalah berbelas malah berpuluh tahun yang membelenggu masyarakat Islam di negeri ini.

Antaranya masalah kesesakan tanah perkuburan Islam di Jelutong, yang berjaya diselesaikan dengan baik membabitkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk pengambilalihan tanah milik bukan Islam.

Saya mencabar Teng agar mengulangi kenyataannya kepada masyarakat Melayu, seperti mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat bercakap dengan nada yang sama di kepada semua kaum.

Berikut kenyataan berbau perkauman Teng:

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.

"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Kenyataan berkenaan, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

Saya juga mencabar pemimpin Umno, khususnya Timbalan Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman untuk mengutuk dan mendesak Teng menarik balik kenyataannya yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman sempit di kalangan masyarakat Cina.

Saya juga mencabar pemimpin-pemimpin Melayu pro-Umno yang bertopengkan NGO seperti Perkasa, JaTi , Pajim, Pertiga, Badai, JMPP, PKIM dan seumpamanya untuk membidas dan mengutuk tindakan Teng.

Saya juga mencabar akhbar Melayu suara Umno yang selama ini turut menabur fitnah terhadap kerajaan negeri, supaya menyiarkan kenyataan Teng ini agar rakyat, khususnya Melayu menilai sikap sebenar pemimpin BN.

Teng adalah sebahagian pemimpin BN yang merupakan pengkhianat bangsa Melayu dan Islam yang dilantik dan direstui oleh Presiden Umno sendiri, Najib Altantuya.

Inilah wajah sebenar mereka.

Rakyat perlu menolak pemimpin jenis ini pada pilihanraya umum akan datang!

Abdul Malik Abul Kassim
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  sumber- jalan pulang


adios

1 comment: