Saturday, December 29, 2012

Hadi Minta 1 Jam LIVE di tv Jelas Isu AMANAT dan jawab soalan




















Tuan Guru Haji Hadi menyatakan kesangupannya menjawab segala tohmahan dan menerangkan peri hal amanatnya yang disampaikannya dahulu. Isu amanat itu menjadi fokus sekali lagi apabila puak umno membangkitkannya dan meminta TGHH menarik balik amanat tersebut.

Berikut adalah sedutan amanat tersebut

"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Ucapan tersebutlah yang membuatkan penyokong umno dan bn meroyan. Para blogger mereka menulis macam-macam perkara dengan merujuk kepada amanat tersebut. Apablia diajak muzakarah tentang amanat tersebut tiada seorang pun antara ilmuan agama Islam dalam umno berani tampil untuk menegakkan kebenaran.

Jawapan secara lisan yang sebelum ini dijelaskan pelbagai pihak dalam PAS tidak sampai kepada seluruh rakyat Malaysia. Justeru itu masih ada antara mereka, terutama yang kurang asas pengetahuan agama melenting dengan tanpa ususl periksa lantas menunjukkan betapa bodohnya mereka.

Gua sokong TGHH untuk berdepan secara LIVE di tv kerana beliau adalah orang yang dituduh. Sebagai orang yang dituduh beliau perlu membersihkan namanya di hadapan seluruh rakyat Malaysia. Di samping itu dapat juga menjelaskan kebenaran dirinya terutama kepada mereka yang masih kabur.

Berikut adalah berita harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berbentuk permintaan dan harapan agar diberikan ruang untuk muncul sejam di TV1 dan TV3.

Ini bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN sebagai “Amanat Haji Hadi”.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.

“Pendirian dan sikap ini juga secara tidak langsung membuktikan kepada kita semua bahawa Presiden PAS adalah di pihak yang benar, selari dengan pepatah Melayu ‘berani kerana benar’,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, laporan Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa Presiden PAS terus membisu daripada memberi respons terhadap isu itu juga barang kali sudah sampai ‘buku bertemu ruas’ dan sepatutnya pihak media proksi BN dan Umno seperti TV1, TV3 dan Utusan menerima perkembangan ini ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.

“Kami yakin dan percaya bahawa ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pihak khususnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan parti politik untuk mendengar sendiri penjelasan daripada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” ujarnya.

Justeru itu, katanya DMPP mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab ke atas TV1 dan seterusnya pihak Media Prima yang bertanggungjawab ke atas TV3 segera menyahut ‘permintaan’ Presiden PAS yang dikira cukup gentleman itu.

Katanya, keupayaan dan kesungguhan kedua-dua pihak terbabit iaitu TV1 dan TV3 bagi memenuhi permintaan Presiden PAS ini juga akan menjadi tanda aras bahawa kedua-dua pihak berkenaan siap untuk memberi laluan kepada pimpinan utama daripada parti politik selain daripada pihak BN.

“Kita semua tahu TV1 dan TV3 sangat ghairah memainkan isu ini, maka ini adalah peluangnya mereka menunjukkan keberanian mereka pula. Jangan hanya berani ‘lontar batu sembunyi tangan’.

“Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kalian laporkan secara fitnah, adu domba dan sangat berniat jahat,” katanya. - harakahdaily

Beranikan Rais Yatim menyahut cabaran Tuan Guru Haji Hadi?  Kita tungguuuu!!!!!
wakaka

Zin├ędine Yazid Zidane a non-practicing Muslim yang kita banggakan... hampeh!!!



adios


No comments:

Post a Comment