Tuesday, December 25, 2012

Giliran Khalid Ibrahim Aibkan BN di Selangor


Penantian selama hampir 25 tahun penduduk asal Bukit Botak berakhir apabila mereka ditawarkan surat tawaran untuk memiliki rumah berkembar satu tingkat, hari ini.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah peserta, khususnya warga emas yang sanggup menanti untuk ditawarkan surat tawaran yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rajiah Omar, 73, hari ini merakamkan rasa syukur dan gembira apabila kemelut yang dihadapi sekian lama, akhirnya berakhir.

"Alhamdulillah, impian untuk memiliki rumah sendiri di atas tanah ini, akhirnya termakbul. Sudah lama makcik menantikan saat ini kerana ia sudah terlalu lama sejak rumah asal makcik dirobohkan.

"Makcik ucapkan berbanyak terima kasih kepada PKNS dan juga kerajaan negeri Selangor yang dapat menyelesaikan masalah makcik sekian lama," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Kegembiraan sama turut dikongsi Wong Yoon Kim, 51, yang merakamkan setinggi penghargaan kepada menteri besar dan PKNS, serta pihak yang terbabit.

Katanya, beliau dan keluarga benar-benar gembira kerana berjaya mendapat tawaran bagi memiliki rumah berkembar tersebut, yang sudah sekian lama terbengkalai sebelum PKNS mengambil alih projek tersebut.

"Saya betul-betul berterima kasih kepada menteri besar dan PKNS kerana merealisasikan impian kami sekeluarga.

"Kami sudah tidak sabar untuk menduduki rumah ini yang dijangka siap Mac tahun depan," kata beliau dengan nada ceria.

Seorang lagi peserta, Arul Ananth, 29, yang mewakili ibu bapanya untuk menerima surat tawaran pemilikan tersebut juga terharu.

Katanya, penantian ibu bapanya sudah berakhir apabila segala proses yang perlu dilakukan sudah hampir selesai sebelum dapat memasuki rumah tersebut tahun depan.

"Sudah tentu saya gembira kerana sudah lama isu berkaitan tanah kami ini tertangguh. Sebelum ini, terdapat dua pemaju swasta yang menjalankan projek ini, tetapi dua-dua 'lari'.

"Bila PKNS ambil-alih, barulah kami boleh gembira. Sudah tentu saya berterima kasih kepada PKNS dan kerajaan negeri Selangor, dan menteri besar kita yang menyelesaikan masalah kami selama ini," kata beliau yang akan turut menetap di rumah tersebut untuk menjaga kedua orang tuanya.

Terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran pemilikan rumah tersebut kepada 16 peserta terpilih.

Majlis yang diadakan di tapak projek Bukit Botak itu, turut dihadiri Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, dan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

PKNS memulakan kerja pembinaan 1,422 unit rumah berkembar di kawasan seluas 66 hektar di Bukit Botak pada September 2010 selepas kerajaan negeri mengambil alih tanah dan projek terbengkalai yang sepatutnya dimajukan sebuah syarikat swasta.

P/S : Tahniah Kerajaan PR Selangor dan Tan Sri Khalid....kalau nak bantu rakyat tak perlu nak tunggu sampai berpuluh-puluh tahun...berita macam ni tak masuk TV3 suku dan utusan tau...kikikiki- FB Khalifah Al banjari

25 tahun punya kes pakatan setel dalam masa 5 tahun sahaja.

Merry Crisis And A Happy New Fear, mr/mrs UMNO - wakaka

adios

No comments:

Post a Comment