Friday, December 7, 2012

DR Asri bertangding atas tiket DAP di Penang

KUALA LUMPUR: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju bertanding atas tiket PKR di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata sumber-sumber.

Antarapos difahamkan Mohd Asri akan diletakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

"Ya betul, beliau (Mohd Asri) akan bertanding di DUN Penanti dalam pilihan raya akan datang," kata sumber itu. - AntaraPos.
Betul ka dak aku tak pasti, tambah-tambah bila AntaraPos guna perkataan "difahamkan", ayat berlapik yang tak meyakinkan. Tah sapa sumber berita tu pun taktau.

Kalau tanya aku, aku lebih suka Dr. Asri bertanding atas tiket DAP dari atas tiket PKR. Seronok nak tengok macamana puak-puak penchachai Umno BN meracau. Mau tak meracau, bekas Mufti kerajaan negeri pimpinan Umno boleh bertanding atas tiket DAP yang penchachai Umno BN kata kafir harbi.

Tapi tak mustahil jugak kalau Dr. Asri bertanding 2 kerusi sekaligus, atas tiket DAP untuk kerusi parlimen dan atas tiket PKR untuk kerusi Dun. Kalau menang ada harapan kot jadi Perdana Menteri atau Ketua Menteri Pulau Pinang ataupun kedua-duanya sekali... Hahaha...

Apa pun, macam yang selalu aku tulis sebelum ni, aku lebih suka Dr. Asri tak bertanding dalam pilihanraya, malah masuk mana-mana parti pun jangan.

Rakyat Malaysia memerlukan suara ulama' yang vokal dan berpengaruh tapi tak berparti macam yang ada pada Dr. Asri untuk mengkritik kerajaan selepas PRU13 tak kira sapa yang menang, samada Umno BN kalah atau pun Pakatan Rakyat menang.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/12/dr-asri-akan-bertanding-tiket-dap.html#ixzz2EKg6PgrO

No comments:

Post a Comment