Tuesday, December 18, 2012

Datuk 'K' sebenarnya cedera teruk

Sebelum ini gua ada menyiarkan berita kemalangan datuk K pada 14 Dis yang menyatakan datuk 'K' dalam keadaan stabil. Tetapi berita terbaru semalam menyatakan sebaliknya.

17 Dis – Perkembangan terbaru suami kepada penyanyi No. 1 negara Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan teruk ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya di Queenstown, New Zealand baru-baru ini kini sedang menjalani pembedahan.

"Pembedahan sedang dilakukan bagi memulihkan semula kecederaan dalaman yang dialami Datuk Khalid apabila tangan, kaki dan bahunya patah akibat kemalangan itu," ujar kakak kepada Datuk K, Datin Zaiton Mohd Jiwa kepada Murai.

"Selepas pembedahan ini dilakukan, barulah doktor dapat menentukan sama ada Datuk K boleh atau tidak dibawa pulang semula ke Malaysia. Sejak semalam, semua anak-anak Datuk K sudah sampai di sini untuk melihat keadaan ayah mereka."

Tambah Datin Zaiton lagi, sekarang ini semuanya bergantung kepada keadaan Datuk Khalid dan beliau berharap adiknya itu agar cepat sembuh.

Beliau yang ditanya sejauh mana seriusnya kecederaan yang dialami Datuk K itu berkata, kecederaan yang dialami oleh adiknya itu memang agak serius.-yahoo

entri hari ini


adios

No comments:

Post a Comment