Saturday, December 8, 2012

Belanda Akan Hantar Patriot Ke Turki Pada Pertengahan Januari

Kabinet Belanda pada hari Jumaat meluluskan usul untuk menghantar peluru berpandu Patriot NATO ke Turki untuk mempertahankan sempadan Turki/Syria, bersama-sama dengan 360 askar untuk mengendalikannya.

"Kabinet telah memutuskan untuk menghantar dua bateri Patriot Belanda sebagai sumbangan kepada perlindungan Turki sekutu NATO kita," kata satu kenyataan kerajaan.

"Tujuan penempatan Patriot bukanlah untuk menguatkuasakan zon larangan terbang atau untuk melancarkan serangan," Perdana Menteri Mark Rutte memberitahu wartawan selepas mesyuarat mingguan kabinet.

Peluru berpandu akan tiba di Turki pada pertengahan bulan Januari, Menteri Pertahanan Jeanine Hennis memberitahu agensi berita Novum Belanda.

Lokasi yang tepat untuk penempatan peluru berpandu 'akan diputuskan dalam rundingan dengan Turki, Amerika Syarikat dan Jerman.

Kenyataan kerajaan Belanda berkata maksimum 360 orang askar akan dihantar ke Turki untuk mengendalikan peluru berpandu.

NATO pada Selasa lalu meluluskan permintaan bantuan peluru berpandu Patriot untuk mempertahankan sempadan Turki/Syria berikutan siri amaran ke Damsyik untuk tidak menggunakan senjata kimia.

Kerajaan Jerman pada Khamis mengumumkan ia telah meluluskan penglibatan tenteranya. Jerman akan menghantar sehingga kepada 400 orang tentera. Walau bagaimanapun Parlimen Jerman masih belum memberi kelulusan untuk berbuat demikian.

Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen berkata keputusan perikatan mencerminkan "komitmen teguh" untuk memelihara keselamatan negara anggota.

Perikatan berkata bahawa Belanda, Jerman dan Amerika Syarikat akan menyediakan peluru berpandu Patriot yang akan tertakluk di bawah arahan Komander Tertinggi Berikat di Eropah (SACEUR).

No comments:

Post a Comment