Saturday, December 29, 2012

Awie Akui Buka Kelab Malai Rock Station


Berikut adalah suntingan temubual yang dipetik dari kosmo

Baru-baru ini dapat berita yang Awie bergaduh lagi di Langkawi. Sejauh mana kebenaran cerita ini?

AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana tetapi saya tolak kerana sibuk.

Tapi bagaimana cerita sebegini boleh tersebar?

Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkan saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster.

Bagaimana cerita tersebut juga timbul?

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.

Jadi apa tindakan Awie?

Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian. Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero. -kosmo.com




Sebelum subuh gua sampai... wakakaka

adios

No comments:

Post a Comment