Saturday, January 4, 2014

Awang Adek Diberi Masa 7 Hari Untuk Mohon Maaf


Tuntut Awang Adek mohon maaf kepada Sultan Muhammad ke 5 dan rakyat Kelantan.

Kami rakyat Kelantan berdukacita dengan kenyataan Awang Adek yang menyatakan Kerajaan Pusat tidak pernah berjanji akan mendaratkan minyak yang diperolehi di telaga di perairan antara sempadan Malaysia dan Thailand di Bachok.

Sedangkan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan pernah bertitah ketika merasmikan Sidang DUN Kelantan yang berbunyi “Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”

Dan ketika baginda menjadi Pemangku Raja baginda pernah bertitah "Kerajaan Negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan Royalti berkenaan seperti kehendak Perjanjian yang telah termaktub antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS"

Kenapa Awang Adek begitu keras menidakkan pendaratan minyak di Kelantan. Apakah jika minyak didaratkan di Kelantan maka negeri ini akan rugi. Bahkan sanggup menidakkan amanat Tuanku dan bukannya bersama-sama mengembeling tenaga untuk rakyat Kelantan.

Maka kami NGO ROYALTI memberi masa selama 7 hari kepada Awang Adek untuk memohon maaf kepada Sultan. Hari ini selepas Jumaat kami telah berkumpul menyatakan kebersamaan kami apabila kami rasa Sultan kami telah dihina.

Jika Awang Adek tidak memohon maaf secara terbuka, kami akan terus berdemo dan insyallah akan berkumpul di depan istana bagi menyakan kami menyayangi Sultan kami dan kami tidak rela orang seperti Awang Adej yang tidak mempunyai semangat kenegerian terus menghina Sultan dan rakyat negeri Kelantan! - Aktivis Jeming Hassan


adios

No comments:

Post a Comment