Saturday, December 29, 2012

"ANBAR" BUMI PENCETUS KEBANGKITAN ASWJ di IRAQ


Sdr Abdul Malik
Jika Revolusi Tunisia, bandar Bouazizi dikenali kerana tempat bermulanya kebangkitan sebagaimana di Syria bermula di wilayah Homs dan Mesir bermula dari wilayah Suez, maka di Iraq, penduduk di wilayah Anbar meledakkan kebangkitan sejak hampir seminggu lepas.

Rakyat Iraq meneruskan protes mereka terhadap politik Perdana Menteri Nuri Maliki pada hari keenam berturut-turut dan hari ini mereka menutup laluan utama yang menghubungkan Baghdad-Amman-Syria.

Mereka menuntut Maliki membebaskan kesemua tahanan yang ditangkap dan didera dengan teruk dalam penjara terutama wanita yang kebanyakan adalah penganut Sunni serta peletakkan jawatan Maliki.

Bantahan dilakukan hampir di seluruh bandar-bandar Sunni seperti wilayah Salahuddin dan Anbar.

Maliki dalam responnya hari ini menyeru rakyat khasnya di Anbar untuk berdialog dan menolak tindakan yang diambil mereka dengan cara menutup laluan sebagai bukan penyelesaian masalah.

Kesatuan Ulamak Muslimin di Iraq melaporkan, imam dan khatib Jumaat Syeikh Abdul Hamid Jadawwa' membacakan matlamat tunjuk perasaan iaitu "keluar sebagai mempertahankan Iraq, membantu penduduknya serta berusaha kepada perubahan yang lebih menyeluruh serta mendesak pembebasan tahanan dalam penjara tanpa perbincangan atau syarat."

Ratusan ribu rakyat yang berkumpul di wilayah Anbar,sebuah wilayah yang didiami majoriti penduduk Sunni.
Video kekejaman Syiah terhadap ASWJ


...............oleh Sdr Abdul Malik.................

Dalam pada kita cuba memujuk diri agar menerima Syiah sebagai sebahagian daripada umat Islam bersandarkan kepada tulisan ulama-ulama ASWJ yang menerima Syiah sebagai satu mazhab dalam Islam, mereka terus melakukan penganiayaan terhadap ASWJ baik di Iran, Syria, Lebanon dan Iraq.

Perbuatan keji mendera, merogol dan membunuh ASWJ terus dilakukan tanpa henti di seluruh negara dikuasai mereka. Bersamalah kita mendoakan kejayaan ASWJ Iraq mendapat keadilan daripada pemerintah.

adios

No comments:

Post a Comment