Sunday, December 23, 2012

5 WAKIL AL-AZHAR DILANTIK ANGGOTA DEWAN SENAT YANG BARU

Dr.Nasr Farid Wasel
Dr. Yaseer Ali, Jurucakap Rasmi Presiden Mesir:

"Presiden Dr.Muhammad Mursi melantik 90 Anggota Dewan Senat yang baru selaras dengan peruntukkan yang membenarkan Presiden Mesir melantik 1/3 Anggota Dewan Senat sebagai tambahan kepada 180 anggota yang dipilih oleh rakyat dalam Pilihanraya Dewan Senat awal tahun ini.

90 Anggota Dewan Senat tersebut termasuk dikalangan wakil 17 parti politik dan 12 daripadanya tidak mempunyai kerusi dalam Dewan Senat sebelum ini, 8 orang kalangan wanita, 12 orang mewakili masyarakat Kristian, 8 orang wakil gereja, 5 orang mewakili Al-Azhar dan 2 orang wakil mangsa yang cedera dalam Revolusi 25 Januari selain beberapa nama pakar perlembagaan, artis dan ahli sukan.

Antara nama yang tersenarai mewakili Al-Azhar ialah Dr.Nasr Farid Wasel (bekas Mufti Mesir dan Anggota Panel Penggubal Perlembagaan), Syeikh Hasan Syafie (Penasihat Syeikh Al-Azhar dan Anggota Panel Penggubal) dan Syeikh Abdul Hadi Al-Qusaibi (Syeikh bagi Para Masyayeikh Tariqat Sufi Mesir)."

Pelantikan anggota tambahan ini diumumkan sebaik sahaja pungutan suara tamat jam 11 malam tadi sebagai persediaan kepada Presiden Mursi memindahkan kuasa "Badan Perundangan" yang dimilikinya setelah pembubaran Dewan Rakyat kepada Dewan Senat, yang akan menjalankan tugas-tugas tersebut sehingga Dewan Rakyat wujud, iaitu paling lewat 60 hari dari keputusan referendum diumumkan - Abdul Malik

Keputusan peringkat kedua pungutan suara bagi Perlembagaan Mesir 2012 yang dikemaskini sehingga jam 12.50 pagi setelah kiraan 2,669 daripada 6,724 tempat mengundi:

Setuju: 2,164,647 (75%)
Tidak Setuju: 720,462 (24.9%)


adios

No comments:

Post a Comment