Sunday, November 4, 2012

Wakaka- Penjawat Awam kene game lagi

Rupa-rupanya berita semakan kenaikan gaji kakitangan kerajaan tidaklah melibatkan 1.4 juta kakitangan awam seperti yang gua laporkan semalam DI SINI. Sebenar-benarnya kajian semula gaji kakitangan kerajaan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa baru-baru ini, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum.

Maknanya yang sudah terhantuk dan langgar dinding sahaja yang dapat bukannya membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam. Oleh itu, kalangan PA yang masih jauh lagi nak langgar dinding, mungkin belum tiba masanya untuk skim gaji anda dikaji sekali lagi.

Ya….memang benar, sekarang ini kira-kira 20 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan kumpulan inilah yang akan diberikan perhatian yang lebih selepas ini
Walaubagaimanapun, semua ini akan diberikan dan dilaksanakan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi markah yang melebihi 80 peratus.

Maknanya di sini, kalangan penjawat awam yang mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang, dengan mencatat markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan akan diberikan perhatian.

Hakikatnya, ada penjawat awam yang terhenti gaji dua tiga tahun tidak ada kenaikan lagi, seterusnya gaji mereka menjadi statik, sedangkan dalam semua hal perlu ada pertumbuhan
Jadi bentuk penyelesaiannya, golongan ini diberi kenaikan pangkat atau diberikan kenaikan gaji biasa.
20% melibatkan semua kategori jawatan penjawat awam

Sebahagian besar kalangan kakitangan kerajaan yang sudah berada pada paras gaji maksimum adalah kerana telah menerima kenaikan gaji atas prestasi cemerlang mereka semasa berada di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sedangkan sekarang ini mereka dilihat ketinggalan di belakang… keadaan ini yang hendak dibaiki.
Cuepacs sebelum ini ada menuntut :

kerajaan menaikkan gaji penjawat awam antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
kerajaan juga harus menimbang penjawat awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred sebelum membuat pembaharuan dalam skim sedia ada

Gred jawatan tinggi yang kebanyakkannya cepat langgar dinding disebabkan tidak memerlukan masa yang lama berbanding gred bawahan. Yang gred rendah dan bergaji kecil ini mungkin perlu tunggu lama baru langgar dinding.-beritasemasa

gua dah agak dah memang kena kincing punya 

wakaka


No comments:

Post a Comment