Sunday, November 11, 2012

Usaha Bodek PAS bersatu dengan UMNO diteruskan Ustaz Nasha - TGNA perlu berkeras

KUALA LUMPUR – Usaha untuk mengwujudkan ruang kerjasama di antara Pas dan Umno yang terhalang sebelum ini dilihat wajar diteruskan demi kepentingan agama Islam dan orang Melayu di negara ini.(wakaka)

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad berkata, kerjasama ini penting untuk ke hadapan.

"Suka atau tidak suka perlu bekerjasama dengan Umno sebagai alternatif pertama.(Tahap Paksa Ni)

"Masalah orang Pas sekarang ialah mereka melihat orang Umno seperti orang kafir," katanya pada Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di sini, hari ini.(cantekk punya tajuk wacana)

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.-Petikan dari Sinar (berita sebenarnya panjang)

INI GUA PUNYA 'API'
LIGHTING THE FIRST FIRE IS EASY

Gua tertarik dengan ayat ""Suka atau tidak suka perlu bekerjasama dengan Umno sebagai alternatif pertama." . Gua nak tanya sapa mamat ni nak main 'paksa' PAS bekerjasama dengan UMNO.. wakaka.

Jika ahli PAS memandang orang UMNO seperti  orang kafir, itu adalah berdasarkan penilaian org PAS terhadap perilaku orang UMNO sendiri. Contoh mudah; Gambaran cara hidup pemimpin umno dan keluarga mereka yang didedah di dunia cyber banyak membuktikan mereka gagal menunjuk contoh yang baik sebagai pemimpin apatah lagi sebagai umat Islam. (tak payah tulis lu orang tahu apa diorang buat)

Seruan gua kepada PAS, Jangan bersatu dengan UMNO atas alasan apa sekali pun selagi mereka tidak berubah. Jika mereka bersetuju berubah, mereka harus membuktikannya sehingga pilihanraya umum ke 14. Ini bermakna PAS mempunyai masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk menilai keikhlasan mereka untuk memperjuangkan Islam dan melayu. Untuk memperjuangkan Islam/melayu mereka terlebih dahulu perlu mengamalkan cara hidup Islam dan melayu)

Minta mereka yang terlibat mengambil hak rakyat melalui cara yang salah dan kejam hendaklah memulangkannya kepada kerajaan untuk diagih semula kepada rakyat melalui subsidi dan prasarana hidup yang lebih baik.

PAS tidak boleh mempercayai UMNO serta merta kerana mereka telah terbukti  culas kepada PAS suatu masa dahulu.UMNO adalah parti politik berteraskan melayu dan PAS adalah parti politk berteraskan agama. Dua perkara yang sangat berbeza walau seringkali dikaitkan sebagai rapat dan sama.

Selain itu PAS perlu meletakkan syarat UMNO perlu kembali kepada parti melayu 100% . Perlembagaan parti perlu diubah. Singkirkan kembali ahli bukan melayu seperti mamak, siam dan portugis yang pada masa ini layak untuk menyertai UMNO kerana mereka juga diikhtiraf sebagai bumiputera.

PAS perlu letakkan segala syarat yang munasabah untuk masa depan Islam dan melayu jika benar sudi bekerjasama dengan UMNO. Perlu diingat PAS tidak pernah meminta kerjasama dengan UMNO tetapi UMNO adalah pihak yang meminta bantuan. Sebagai orang yang merayu UMNO perlu akur dengan syarat PAS. PAS perlu ingat bahawa orang terdesak sanggup janji apa sahaja tetapi menunaikannya belum pasti.


Jika PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO , itu adalah lebih baik kerana gua memang tak percaya kepada UMNO dulu kini dan selamanya.


adios



No comments:

Post a Comment