Sunday, November 18, 2012

Update from Gaza: Erdogan pula ikrar mempertahankan Gaza

Tajuk asal : Egypt and Turkey will defend Gaza whatever the price

Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyip Erdogan, telah berkata bahawa beliau akan membincangkan serangan kejam Israel ke atas Gaza dengan Presiden Mohamed Morsi semasa lawatan beliau ke Mesir esok, 17 November. Beliau juga mengesahkan sokongan negara itu yang tidak berbelah bagi kepada rakyat Palestin.

Erdogan memberitahu wartawan di Istanbul bahawa beliau akan mengadakan satu sidang akhbar bersama dengan Presiden Morsi di Kaherah untuk mengumumkan kedudukan bersama mereka. Beliau menambah, "Kami akan mempertahankan Gaza tanpa mengira risiko."

Perdana Menteri Turki berkata beliau akan menghubungi pelbagai pemimpin dunia untuk membincangkan perkembangan di rantau ini dan keperluan untuk menamatkan pencerobohan Israel.-middleeastmonitor

Selepas Morsi, Putin, kini Erdogan pula menyokong Gaza.. Harapan bersinar untuk merealisasikan Turki mengambil semula tanah jajahannya di era Ottoman

Rusia ikrar menyokong Mesir menentang pencerobohan Israel: Putin



adios

No comments:

Post a Comment