Thursday, November 8, 2012

Tulis sebijik-sebijik ucapan dia dan translate di google- Jangan ikut sedap hati saja fitnah orang

Semua pihak harus merujuk kenyataan asal seseorang itu sebelum membuat sebarang tuduhan khususnya isu melibatkan agama.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz tidak merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.

Sebaliknya beliau berkata, kedua-duanya terus membuat andaian bahawa Izzah bersetuju dengan tindakan orang Melayu memlih agama yang disukai.

"Dalam dewan ini, kenyataan yang dibuat sebenarnya tidak dirujuk kepada apa yang sebenarnya disebutkan (Ahli Parlimen) Lembah Pantai dalam forum yang dihadirinya walaupun beliau telah membuat penjelasan bahawa kenyataannya disalah erti.

"Saya meminta timbalan menteri sebelum membuat apa-apa tuduhan ke atas Yang Berhormat Lembah Pantai, merujuk dahulu secara tepat kenyataan yang dibuat oleh Lembah Pantai," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Mohamad Aziz juga dalam soalan tambahannya mendakwa Izzah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam berhak keluar Islam dan memilih agama yang diminati. HD



Ambik pen dan kertas . Duduk dalam bilk sorang-sorang. Dengar ucapan Izzah dari awal sampai habis. Kalau tak faham apa dia kata, sila tulis sebijik-sebijik-sebijik ucapan dia dan translate di google. Jangan ikut orang kata sahaja. lihat dan fahami sendiri .

Kalau google tak boleh tolong cari cikgu bahasa Inggeris.
wakaka

Mengenai tajuk video "Bukti Nurul Izah Sokong Gejala Murtad" kita imbas balik siapa yang
luluskan 135 orang murtad sepanjang 2000-2010

adios

No comments:

Post a Comment