Thursday, November 29, 2012

Tiada Jihad Di Palestine, boikot produk Israel Adalah Kebodohan- ulama umno





























Sapa bagi taraf ulama pada dia ni?

Harap maaf gua tak beri link youtube kepada anda kerana bagi gua pemikiran songsang begini harus dielakkan agar tidak terpengaruh. Sesiapa yang masih terasaingin melihat videonya sila cari di youtube itu pun jika masih belum di privatekan oleh pemilik.

Hadis ni apa bende?

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”
[Riwayat Bukhari]

KITA DAN PALESTIN :
1. Baitul Maqdis (yang barat sebut Jerusalem) adalah termasuk daripada tempat-tempat suci umat Islam selain daripada Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah kerana didalamnya terdapat Masjidil Aqsa yang mulia. Baitul Maqdis menjadi sendi utama bagi aqidah dan ajaran Islam seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Sallahualaihi wassalam..

2. Allah berjanji bahawa bumi Baitul Maqdis adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan sekitarnya. Perkataan ’barakna’ (yang Kami berkati) disebut sebanyak 6 kali dalam Al-Quran, hanya menerangkan tentang Palestine dan sekitarnya, menunjukkan betapa seriusnya penekanan Allah terhadap bumi Palestine. AlQuran adalah wahyu dan kalam Allah yang valid sampai bila-bila. Hebatnya bumi ini….

3. Baitul Maqdis merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Masjidil Haram di Mekah. Perpindahan kiblat ini berlaku setelah 17 bulan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

4. Disinilah berlakunya peristiwa Isra’ & Mikraj yang disebut dalam AlQuran dan dibaca sampai hari kiamat. Barangsiapa yang engkar atau ragu-ragu walau satu ayat dalam AlQuran, maka aqidahnya tidak sah.

5. Ia juga adalah tempat lahir atau tempat tinggal para Rasul terdahulu seperti Nabi Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Daud, Sulaiman, Salih, Zakaria, Yahya dan Isa. Sebahagian nabi-nabi juga dikebumikan disini.

6. Bumi Jihad. Tersebut didalam beberapa hadis sahih bahawa bumi ini adalah ”penjaga Islam” dan pusat Iman ketika zaman krisis dan huru-hara. Sesiapa yang tinggal didalamnya kerana Islam, maka dia adalah Mujahid/pejuang agama (riwayat al-Tabarani).

7. Ia adalah Tanah Wakaf yang diwarisi sejak zaman nabi-nabi terdahulu dan akan terus menjadi hak Umat Islam sampai bila-bila. Ia tidak boleh diserah atau dirampas oleh sesiapa walaupun sekelumit sekalipun.

8. Palestin adalah pusat strategik politik dunia. Sesiapa yang kuasai Palestin, maka dia sedang mendominasi dunia. Dulu, Empayar Rom, kemudian Khilafah Islam (ISLAM), kini polis dunia Israel-Amerika (YAHUDI/Nasara). InsyaAllah, masa depan yang gemilang untuk Islam.

wallahua'lam ... edit/hilight by : https://www.facebook.com/salmanalfarisy3000

BANDINGKAN PULAK DENGAN KAPIR DI AS NI PULAK


SERANGAN Serangan yang dilakukan Israel terhadap warga Gaza memantik sentimen anti-Israel. Harian Yediot Aharonot menulis, sentimen anti-Israel meningkat di seluruh dunia, terutama di Amerika SyarikaT 

"Sejak dimulainya operasi militer rejim Zionis di Jalur Gaza, gelombang protes anti-Israel meningkat di dunia," tulis harian berbahasa Ibrani itu pada hari Rabu (28/11).

Seraya mengutip keterangan salah satu lembaga Yahudi, akhbar tersebut menambahkan, perang antara Israel dan Hamas di Gaza telah menambah jumlah musuh Israel di universiti-universiti AS. Dikatakan, sejak serangan itu dimulai, sekitar 100 demonstrasi menentang Israel diumumkan di AS dan dua pertiga dari aksi itu dilakukan di kampus-kampus.

Aksi-aksi tersebut dihadiri oleh ribuan warga AS dan mereka meneriakkan slogan-slogan anti-Zionis. Para demonstran juga mengecam agresi Israel terhadap rakyat Palestin. Yediot Aharonot menyatakan bahawa demonstrasi itu juga diikuti oleh kelompok Yahudi yang menentang kehadiran Israel di tanah pendudukan Palestin. (IH)


ULAU belengkau atas pagau , amik kayu kotok palo eh.... 
wakaka

adios










No comments:

Post a Comment