Friday, November 23, 2012

Tentera Zionis Kutuk Netanyahu, Rakyat Sifatkan Netanyahu "macam arnab"


UMMUL FAHM - Tentera-tentera zionis menyiarkan sekeping foto mengenai sebilangan dari tentera zionis yang membuat aksi atas tanah menzahirkan kekalahan di wajah-wajah mereka.

Foto itu turut disertai ungkapan kecil yang tertulis 'Bibi yang kalah', lantas tersebar begitu cepat dalam jaringan sosial dan media-media masa versi hebrew.

*Benjamin "Bibi" Netanyahu, Perdana Menteri Israel.

Berhubung foto ini, seorang pengulas dari kalangan warga zionis berkata, "memang benar apa yang tentera buat tetapi bukan Netanyahu seorang sahaja yang kalah malah mereka tiga serangkai; Netanyahu, Ehud Barak, dan Lieberman."

Tambahan lagi, "apa yang digambarkan itu bukan sahaja apa yang dirasai oleh tentera malah seluruh warga yang menetap di selatan tanah jajahan 1948 juga rasa sedemikian, kamu(tentera) memiliki minda yang menarik, kamulah raja-raja, dan Netanyahu adalah 'sampah sarap' yang menjual zon selatan untuk berdamping dengan Obama."

Tanya lagi seorang komentar, "kenapa kami mesti dikerah dalam tentera?," bangkit lagi persoalan, "adakah aku direkrut semata-mata menjadi permainan di tangan ahli politik?."

"Jika untuk itu memang aku tidak bersedia mengorbankan nyawa, Netanyahu hanyalah '0' tidak ada apa-apa, dia sendiri tidak kenal diri dan tidak tahu apa yang dia mahu, aku kesal dengan tahap yang dicapai oleh negaraku," demikian ulasan komentar.Sumber: 22/11/2012, web berita Safa

 Sementara itu di An Naqab, Israel , Penduduk Israel Membantah Gencatan Senjata

Warga-warga zionis di barat An-Naqab tunjuk perasaan menentang persetujuan gencatan senjata dengan Semenanjung Gaza. Para demonstran menyifatkan Perdana Menteri mereka, Benjamin Netanyahu seperti arnab.


adios

No comments:

Post a Comment