Tuesday, November 27, 2012

Sweden negara pertama hantar dana ke Gaza - Salur $ 2.3juta

Semasa perang lapan hari baru-baru ini, Gaza telah mengalami kemusnahan teruk dimana kira-kira 1,500 bangunan di Gaza telah rosak dan 231 rumah telah musnah, manakala korban awam berdiri sekurang-kurangnya 140 (Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB).

Minggu ini, UNRWA menyediakan tilam, selimut, dan kit kebersihan kepada hampir 12,000 Gaza yang melarikan diri dari rumah mereka dan berlindung di bangunan sekolah milik Agensi itu. UNRWA juga terus memberi peruntukan tetap untuk bantuan makanan dan bantuan perubatan kepada sehingga 800,000 pelarian di Gaza.

Sweden menjadi negara pertama menghulurkan bantuan ke Gaza selepas perang singkat itu. USD 2.3juta disumbangkan oleh Sweden melalui Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa Sweden (SIDA) sebagai menyahut seruan/rayuan bantuan kemanusiaan pembiayaan segera kepada UNRWA, sebagai peruntukan bagi keperluan semasa di Gaza.

Keluarga yang melarikan diri dari rumah mereka semasa keganasan memerlukan bantuan makanan dan wang tunai, tilam, selimut, dan kit yang mengandungi sabun dan keperluan rumah yang lain.

Bantuan juga turut diperlukan untuk Pembaikan segera rumah pelarian, serta pusat pengedaran makanan UNRWA dan klinik yang telah rosak, penyediaan bekalan perubatan dan bahan api dan penyingkiran sisa dan runtuhan.


adios

No comments:

Post a Comment