Thursday, November 1, 2012

Nazmi Faiz Manzur Sumbat Gol Pertamanya di SC Beira-Mar

Bekas pemain Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor terus cemerlang di Portugal apabila dia membantu pasukannya skuad remaja SC Beira-Mar memenangi satu perlawanan liga pada hari Sabtu lalu.

Midfielder lincah yang berasal dari Keramat itu turut menjaringkan satu gol yang pertama peribadinya untuk kelab itu. Dia turut membantu rakan sepasukan iaitu Ricardo Tavaresm menyumbat gol ke dua untuk membenam kelab Academico de Ciseu dengan jaringan 2-0.

Dengan kemenangan itu, Beira-Mar kini memimpin Liga Bahagian Dua Portugis Bawah-19 tahun dengan 19 mata. Pasukan itu mendapat enam kemenangan dan satu seri setakat ini.

Luis Antonio, jurulatih Nazmi di kelab itu, memberikan ulasan positif kemajuan pemain tengah itu di Portugal selepas perlawanan.

"Beliau telah bertambah baik. Saya percaya dia mempunyai masa depan yang baik di sini, "katanya kepada laman web rasmi Beira-Mar.

Nazmi kini menunggu peluang yang bermain dengan pasukan utam dalam perlawanan akan datang berikutan prestasi beliau yang memberansangkan dengan skuad muda itu.-- yahoo

Semoga anak muda ini terus berjaya di sana. Jangan lupa balik mengundi . Undilah PR!!

wakaka

adios

No comments:

Post a Comment