Monday, November 12, 2012

Meyda Safira Pelakon Jelita Indonesia diRISIK Ustaz PAS


Novelis Kang Abik  pernah bersilaturahim ke Kelantan dan bertemu Tuan Guru  Nik Abdul Aziz Nik Mat, demikian juga artis Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi pernah dijemput mengambil bahagian dalam program Bicara Selbriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan kesempatan berada di Negeri Serambi Mekah  beliau bertemu Tuan Guru.

“Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri”

Demikian kata-kata  keramat  Oki saat membuka bicara pada  malam Bicara Selbriti di dewan besar Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

Kemudian disusuli dengan hero Ketika Cinta Bertasbih, aktor Kholidi Ashadil Alam atau sering disapa Mass Azzam dijemput datang ke Kelantan untuk program Bicara Selbriti siri berikutya. Kesempatan di Kelantan, beliau juga bertemu Tuan Guru  Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kekaguman beliau kepada Tuan Guru sehingga sebuah sajak khusus dicipta  dan dibaca pada malam itu.

Yang belum berpeluang bersilaturahim ke Kelantan ialah sosok penting disebalik pembikinan filem-filem Islami Indonesia iaitu sutradara terkenal dan banyak pengalaman, Bapak  Chaerul Umam. Pada ucapan ringkas beliau yang disampaikan saat rombongan Kerajaan Kelantan menemui beliau  di Jakarta baru-baru ini, beliau menyatakan keinginan yang sesungguhnya untuk datang ke Kelantan sekiranya diundang.  

Ketua rombongan Kerajaan Kelantan diketuai Timbalan Exco Penerangan, Pembangunan Matlumat, Sains dan Teknologi, YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah melahirkan rasa terharu dan berterima kasih di atas minat sang sutradara yang mendalam untuk datang ke Negeri Serambi Mekah, melihat dari dekat kesuksesan Tuan Guru mentadbir negeri berlandaskan Islam.

“Yang membezakan Kelantan dengan negeri lain ialah Kelantan ditadbirkan seorang kyai (Tok Guru). Beliau memimpin rakyat mengikut tatacara Islam.  Selain pembangunan material,  aspek spiritual amat  ditekankan” Terang Ustaz Baihaki dalam ucapannya.

pe hal ni ustaz? macam perang dingin laki bini jer.. wakaka
Di Bandung, Ustaz Ahmad Baihaki dan rombongan bertemu dengan  Meyda Sefira, artis utama filem Cinta Suci Zahrana. Artis berjilbab asal  Bandung yang tinggi lampai itu bersetuju  menerima undangan Kerajaan  Kelantan  untuk hadir pada Program Bicara Selbriti yang Insyaallah akan diadakan tanggal  30 November 2012 akan datang bergandingan dengan panelis Ustaz Azhar Idrus, Azizul Husni, Haliza dan Amim Idris sebagai moderator.

Kesempatan selama 3 hari di Bandung-Jakarta (21-24 Oktober 2012),  rombongan dibawa melawat studio pembikinan filem-filem adaptasi  karya novelis Kang Abit iaitu SinemArt Pictures di Jakarta Pusat. Disambut oleh Ibu Lily seterusnya diberi taklimat ringkas seusai menonton sinopsis filem Cinta Suci Zahrana.

Kemuncak kunjungan ialah majlis makam malam bersama artis Oki Setiana Dewi, aktor Kholidi dan sutradara Chaerul Umam di sebuah restoran masakan lokal di Jakarta Pusat dan majlis berakhir dengan acara bertukar-tukar  cenderamata. 

Selain Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah turut bersama rombongan ialah,  Adun Jelawat, YB Abdul Aziz Kadir, Adun Selising, YB Drs. Saiful Bahrin Mohamad, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ustaz  Abdul Rahman Yunus, Penolong Pengarah UPKN Mohd Azmi Nor dan  Rosidi Semail,  pegawai Penerangan Zon UPKN,  Nor Hashimah Deraman dan pegawai-pegawai dari Unit Media Baru. - demitinta

Meyda Safira

adusss, manjanya

alahai manisnya

senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek

 takyah buka-buka. tutup semua pun cantik juga.. wa suka lu
wakaka

adios

No comments:

Post a Comment