Thursday, November 15, 2012

Mesir Israel Bergolak - Mesir Panggil Pulang Duta

Sebuah roket Hamas membunuh tiga warga Israel  di utara Semenanjung Gaza pada hari Khamis, merupakan kematian pertama rakyat Israel sedengkan angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 13 orang. Keadaan semakin meruncing  dan berkemunkinan perang habis-habisan oleh Israel ke atas Hamas akan dilaksana dalam waktu terdekat.

Pesawat pejuang Israel mengebom sasaran di Gaza dan sekitarnya, di mana bangunan tinggi bergetar dan kepulan asap dan debu tebal berterbangan ke langit.

Kumpulan Islamis Palestin mendakwa telah melancarkan roket seberat satu tan  buatan Iran yang digelar Fajr 5. Tetapi tiada kesan dilaporkan.

Iran, yang menyokong dan pembekal senjata Hamas, mengutuk serangan yang dimulakan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sebagai "keganasan terancang".

Israel lebih prihatin tentang perasaan Mesir yang baru menaja gencatan senjata antara kedua-dua pihak pada hari Selasa. Namun ia dimungkiri sehari kemudian apabila Israel membunuh komander tentera Hamas.

Hamas adalah satu cabang Ikhwanul Muslimin yang kini menguasai Mesir, jiran yang paling berkuasa  dan merupakan rakan penting Israel dalam perjanjian damai 1979.

Kaherah mengutuk serangan dan memanggil pulang dutanya dari Israel. Duta Israel meninggalkan Kaherah tetapi mendakwa sebagai kepulangan rutin. Israel berkata kedutaannya di Kaherah tidak akan ditutup.-reuters

adios

No comments:

Post a Comment