Tuesday, November 27, 2012

Mesir Bergolak: Pemuda mati, Pejabat Ikhwan Dibakar

Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak tadi bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas.

Di Iskandariah, lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah, yang terletak dekat masjid tersebut, Jumaat lalu. Bagi mereka, tindakan samseng yang penngecut tersebut dibuat kerana pada hari Jumaat tersebut sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah. "Hari ini, mereka dapat melihat bahawa masih ramai rakyat di Iskandariah yang bersama Mursi."

Himpunan turut diadakan di beberapa lokasi di Kaherah, antaranya di Masjid Rab'ah dan Masjid Khazandar di Syubra. Selain itu, puluhan ribu membanjiri lokasi utama di Suez, Bani Suwef,Dumyat, Port Said, Mansurah, Fayyum dan Menufiyah.

Meskpin rakyat keluar tanpa sebarang senjata, tetapi musuh Ikhwan menggunakan kumpulan samseng untuk terus menyerang pejabat mereka hingga menyebabkan kematian kepada seorang pemuda, Islam Fathi Mas'd (gambar) yang berusia 15 tahun. Beliau meninggal dunia setelah kumpulan samseng menyerang Pejabat Ikhwan di Damanhur.

Albaradei Pengkhianat

Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu.

Intim sungguh hubungan Barad'ie dengan Amerika. Masakan tidak, Barad'ie pernah berkhidmat dengan PBB sebelum ini. Inilah tokoh aliran liberal/sekular yang akan menentang habis-habisan pelaksanaan syariat Allah atas muka bumi Mesir. Dia juga antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.

PROVOKASI LUAR INGIN JATUHKAN MESIR

Mufti Pergunungan Lubnan, Syeikh Muhammad Ali Juzu mengingatkan kemungkinan apa yang berlaku di Mesir waktu ini terdapat "unsur provokasi asing menentang Presiden Mursi dan rakyatnya" setelah pendirian Mesir kali ini yang menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan umat Islam di Gaza ketika diserang Israel minggu lalu.

Tambahan menurut beliau, keengganan Mesir menutup pintu sempadan Rafah menambahkan 'kesengsaraan' musuh Mesir yang menyebabkan bantuan kemanusiaan datang mencurah-curah kepada Gaza, berbeza dengan tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza tahun 2008 dahulu.

Bagi saya, kenyataan Mufti Lubnan ini ada benarnya kerana ia seakan-akan dirancang. Lebih jelas, sudah lima hari kumpulan samseng 'mengamuk' di Jalan Mohammad Mahmud menentang pasukan polis yang tidak diketahui matlamat mereka, kebanyakan mereka adalah masih di awal usia 15 tahun.

Semoga Allah cabut nyawa Al baradei secepat mungkin

No comments:

Post a Comment