Wednesday, November 28, 2012

Mesir Berdarah. Puak Sekular Pro Hosni Mubarak Mengganas lagi 200 cedera 4 parah


Malam ini, berlaku pertempuran yang dahsyat antara pemuda Ikhwan Muslimin dengan kumpulan samseng di bandar Mahalah Kubra, wilayah Gharbiyah. Semalam, pertempuran yang sama berlaku di bandar Tanta, sebelumnya di Damanhur dan Iskandariah. Dalam kejadian malam ini yang disasarkan ke atas Pejabat Ikhwan dan partinya, FJP, lebih 200 aktivis Ikhwan cedera, empat darinya parah.

Sementara itu, seorang pimpinan FJP Mahalah mengemukakan aduan kepada Peguam Negara bagi mendakwa Ketua Polis wilayah Gharbiyah atas dakwaan tidak bertindak mengawal suasana bahkan ketiadaan pasukan keselamatan di sekitar lokasi pertempuran menimbulkan pelbagai persoalan

Keengganan pasukan keselamatan untuk mengawal Pejabat Ikhwan Muslimin dan FJP kini mula menjadi tanda tanya. Adakah masih terdapat pegawai tinggi polis dari kalangan 'fulul' Mubarak.

Naib Mursyidul Am Ikhwan, Dr.Mahmoud Izzat berkata, pada malam ini iaitu sewaktu pertempuran antara aktivis Ikhwan dan kumpulan samseng di bandar Mahalah, sekali lagi pasukan polis tidak mengawal dan bertindak ke lokasi kejadian walaupun telah mencederakan ratusan orang. Beliau berkata, situasi yang sama berlaku semalam di Tanta dan sebelumnya di Iskandariah dan Damanhur yang menyaksikan seorang pemudanya, Islam Mas'oud terkorban. Bahkan, pemimpin Ikhwan tempatan telah berkali-kali menghubungi pasukan polis bagi mohon campurtangan mereka, namun gagal.

Semalam juga, Anggota Jawatankuasa FJP Pusat, Dr.Mohammad El-Baltaji mendakwa, pihaknya mempunyai banyak bukti bahawa Pejabat FJP Iskandariah yang dibakar Jumaat lepas didalangi oleh seorang pegawai tinggi dari Agensi Perisikan negara (Mukhabarat) yang merupakan orang kanan Omar Suleiman, bekas Ketua Perisikan Mesir di zaman Mubarak.

Menurut Beltaji, pihaknya enggan menyiarkan nama pegawai terbabit tetapi dia dilihat membahagi-bahagikan wang kepada kumpulan samseng untuk mereka merosakkan dan membakar pejabat parti tersebut di saat sebahagian besar penyokong Ikhwan dan FJP berhimpun di Istana Ittihadiyah, Kaherah bagi menyokong Mursi. Peluang tersebut diambil oleh kumpulan Hamdin Sobahi dan Baradie untuk merosakkan pejabat-pejabat Ikhwan di beberapa wilayah


100,000 banjiri dataran tahrir tuntut mursi lepas jawatan presiden

Other marchers – who took to the streets in numbers similar to those that toppled Mubarak – called for Morsi not merely to rescind his decree but to step down from the presidency. The chant of the 2011 revolution – "The people want to bring down the regime" – was echoed in other major Egyptian cities, including Alexandria and Suez.petikan dari guardian

Kenyataan yang ditulis guardian membayangkan kebenaran laporan yang unit risikian Mesir yang mendakwa Hamdin Sobahi, Tihani Gabali (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) dan Ahmad Az-Zindi (Presiden Kelab Hakim Mesir). berkomplot untuk;

1) Membubarkan Dewan Senat (Syura)
2) Membubarkan Panel Penggubal Perlembagaan negara
3) Membatalkan Undang-Undang yang diumumkan oleh Mursi sekaligus Mursi akan dipecat dari jawatannya atas hujah beliau tidak menghormati perlembagaan yang beliau bersumpah dengannya di awal pelantikan dalam lafaz angkat sumpah.

Menurut guardian lagi perusuh-perusuh melaungkan perkataan 'diktator' merujuk kepada Mursi atas tindakannya mengumumkan dekri yang memeranjatkan dunia pada 22 Nov 2012.



adios

No comments:

Post a Comment