Tuesday, November 27, 2012

Marj al-Sultan- satu lagi pengkalan udara Bashar ditawan pejuang

Nov 25 (Reuters) - Tentera Pembebasan Syria telah menawan pengkalan helikopter tentera Syria di kilometer 15 Damascus timur selepas pertempuran semalaman. Ini adalah pengkalan udara kedua yang jatuh ke tangan tentera Pembebasan Syria dalam masa sebulan.

Satu video internet yang didakwa pejuang sebagai dirakam di pengkalan Marj al-Sultan menunjukkan pejuang membawa senapang AK47 mengawal kemudahan tentera Bashar itu. Sebuah senjata anti pesawat dilihat diletakkan di atas bunker. Dan komander tentera pejuang dilihat berada di sebelah sebuah helikopter yang ditawan.

Video itu juga memaparkan komander tentera pembebasan Syria berucap."Dengan izin Allah, pengkalan udara Marj al-Sultan di tumur Ghouta telah ditawan," kata commander itu dalam video tersebut.

Pejuang mendakwa dua helikopter dan sebuah stesen radar telah dimusnahkan manakala 15 orang tentera Basyar ditawan.

Minggu lalu pejuang menawan pengkalan udara di hajar al-Aswad yang terletak di selatan Damascus. Mereka merampas pelbagai jenis senjata dan kelengkapan ketenteraan sebelum meninggalkan pengkalan tersebut untuk mengelak serangan balas tentera Basyar.


adios

No comments:

Post a Comment