Friday, November 23, 2012

Mampos Gaza.. harapan tinggal harapan Mursi dan Erdogan hanya cakap besar

(ini adalah siaran tertunda. sepatutnya disiarkan dua hari lalu=sebelum gencatan senjata)


Kalau dengar kata-katanya ketika mulanya serangan Israel ke atas Palestine lima hari lalu memang meyakinkan. Besar harapan seluruh umat Islam di seluruh dunia agar kata-katanya menjadi kenyataan. Kata-kata amaran yang sangat mengujakan diucap oleh pemimpin nombor satu dalam ikatan Ikhwanul muslimin atau lebih terkenal dengan gelaran Muslims brotherhood dan ikuti pula oleh seorang yang tidak kurang hebat pengaruhnya dalam ikhwan iaitu Erdogan.

Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University semalam.

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan       Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

Sama-sama kita doakan agar pemimpin dunia Islam bersatu menyelesaikan Isu Palestine, Syria, Rohingya dengan lebih konkrit dan bertindak seperti yang diperkatakan. Ingatlah, umat Islam itu laksana 1 badan. Andai kaki berasa sakit, 1 badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza menderita kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit menyatakan sokongan. Berdoalah.. Berdoalah.. Berdoalah.. - Terjemahan ucapan Erdogan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Sehingga kini tidak ada apa-apa yang mereka lakukan untuk merealisasikan kenyataan mereka itu. Rakyat Gaza terus-terusan dibedil oleh kekuatan tentera dan kecangihan teknologi ketenteraan Israel. Angka kematian di Gaza setakat hari ini 22 nov 2012 meningkat kepada 130 orang termasuk 27 kanak-kanan dan mencederakan 1000 yang lain.

Gaza yang dipertahan Hamas dan barisan pejuang lain telah dikepung dan diserang dari segenap sudut. Israel ketika ini melakukan serangan roket darat ke darat , serangan peluru berpandu dari udara ke darat dan dari laut ke darat.

Dengan kekuatan jentera ketenteraan yang terhad Gaza kini di ambang kemusnahan walaupun Hamas mendakwa masih mampu mempertahankan Gaza dengan 55000 tentera jihadnya. Hamas dan barisan jihad lain masih melancarkan serangan roket ke arah Israel namun hanya berjaya mencederakan 10 orang orang awam kerana 40 roketnya berjaya dikekang sistem pertahanan roket yang dicipta Amerika Syarikat.

Bersama-samalah kita berdoa untuk kemenangan rakyat Gaza. Dan membuka hati dua president  negara sekutu dalam Ikhwanul Muslimin untuk mengerahkan tentera bagi membantu Gaza. In Syaa Allah..

Asyik bercakap saja... bila nak perang. panas niiiii!


Liwa' Al-Islam Tawan Pengkalan Rejimen Kedua Terbesar Syria



adios


No comments:

Post a Comment