Tuesday, November 13, 2012

Bila nampak bayang kekalahan mula buka cerita 'Arab Spring Malay Style" sial betul

Chandra Muzaffar, Pengerusi Yayasan 1Malaysia dan juga ‘pemikir’ agung BN, telah dipaparkan pada muka hadapan media-media cetak arus perdana dengan mengeluarkan amaran mengenai ‘rancangan kuasa luar’ untuk memporak-perandakan kerajaan dan juga ancaman kepada ‘keselamatan global’!

Dalam proses itu dia telah mengaitkan BN dengan beberapa diktator, yang mana masyarakat dunia telah menyaksikan kejatuhan mereka beberapa bulan yang lalu, dan mengatakan bahawa menyingkirkan Mubarak, Gadaffi, Ben Ali dan yang lain adalah tidak baik kerana ianya akan ‘menggugat’ Malaysia! Dengan menafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang seharusnya mendukung aspek-aspek utama seperti kebebasan akhbar, hak pada kebebasan bersuara dan hak pada kebebasan perhimpunan aman, Chandra juga menyatakan penentangannya pada beberapa organisasi pro-demokrasi, seperti Yayasan Open Society dan National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Washington.

Chandra telah mengutuk keras penyaluran dana-dana asing kepada pertubuhan-pertubuhan sivil seperti Bersih dan Suaram dan kumpulan-kumpulan lain yang bekerja keras untuk menentang rasuah dan penindasan rakyat di Malaysia.

Namun, bagai mana pula dengan jumlah wang yang teramat besar yang disalurkan oleh UMNO/BN ke dalam akaun Yayasan 1Malaysia? Dan bagai mana pula dengan jumlah wang haram yang teramat besar yang telah dibolot secara rahsia dari simpanan negara untuk menyokong kegiatan-kegiatan parti politiknya untuk bertahan pada kuasa selama lebih 50 tahun?

Kealpaan dan double-standard pada Dr. Chandra Muzaffar amatlah dikesali oleh sesiapa yang meneliti pendedahannya itu.

Namun, pandangan peribadinya yang diada-adakannya adalah mengenai ‘kesan merbahaya’ dari dana kecil dari organisasi-organisasi seperti NED itu, telah digunakan oleh rakyat di negara-negara yang pro-demokrasi seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.

Jelaslah, Dr Chandra telah menganggap kritikan terhadap pemerintah kuku besi adalah sekadar alasannya semata-mata. Bagi Chandra, kerajaan tidak boleh ditentang atau dikritik oleh mana-mana pertubuhan yang memperjuangkan kebenaran.

Dengan kata-kata sedemikian, Chandra telah menyamakan BN seperti rejim-rejim Libya, Tunisia dan Mesir dan dia juga bersimpati dengan saki-baki pemerintahan kuku besi seperti Syria dan Russia. Apa yang lebih utama, dia telah memberikan isyarat bahawa dia takut bahawa rakyat Malaysia secara umumnya akan menyingkirkan BN sama seperti kebangkitan Arab Spring!

Pada hari ini, Ketua PKR Sarawak yang juga ADUN, Baru Bian, seorang pengamal undang-undang, telah membantah serangan berhisteria Dr Chandra terhadap pertubuhan-pertubuhan sivil di Malaysia.

Chandra Muzaffar telah memperkecilkan dirinya sendiri dan juga Yayasan 1Malaysia dengan kenyataan-kenyataan ini kerana secara tidak langsung dia telah mendedahkan betapa takutnya gabungan parti-parti BN yang kini terlalu kaya dan dahagakan kuasa bertindak ke atas pertubuhan-pertubuhan kecil ini, yang hanya bersenjatakan kebenaran.

Malaysia akan menghadapi piliharaya umum tidak lama lagi.

Tidak perlulah kita takut pada apa yang dianggap Kebangkitan Melayu atau kacau bilau atau apa-apa juga bentuk darurat yang tidak masuk akal sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan gerombolan BN.

Peralihan kuasa kerajaan secara normal tidak seharusnya dihalang, selagi BN tidak berkelakuan sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan melanggar peraturan dalam percubaan mereka untuk terus berkuasa selama 50 tahun lagi!

Jika tercetusnya darurat dan kacau-bilau nanti maka BN harus dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dunia dan bukannya kerana pertubuhan-pertubuhan pro-demokrasi yang kecil-kecil itu.
Sumber : Sarawak Report melalui kelabgreenboc

Gua punya api
Macam-macam cara mereka guna untuk menakut-nakutkan rakyat. Cara dayus tak ada teloq. Pigi daaaaa!
Hakikatnya kenyataan muzafar ini jika disalahtafsir oloeh puak umno boleh mencetus rusuhan yang mana boleh menguntungkan BN iaitu apabila keadaan menjadi huru-hara dan memungkinkan darurat diisytihar.

sapa percaya muzafar memang bodoh mengalahkan lembu kondo.

adios
entry ini terpost dua kali, google mabuk, gua pun jadi mabok jugak.sori bro!

No comments:

Post a Comment