Wednesday, November 21, 2012

Amerika hantar 3 kapal perang amphibia ke israel - mana Erdogan, mana Mursi???

Washington - Tiga kapal perang amfibia Tentera Laut AS menuju ke Mediterranean Timur sebagai persediaan sekiranya diperlukan untuk membantu rakyat Amerika meninggalkan Israel pada hari-hari akan datang, menurut dua pegawai AS.

Para pegawai menegaskan pemindahan sebagai kemungkinan yang amat tipis dan pentadbiran Obama tidak merancang untuk melakukannya sekarang. Rakyat Amerika yang ingin meninggalkan rantau ini kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan penerbangan komersial.

Tetapi keputusan untuk menghantar kapal walaupun  itu adalah seperti suatu 'kontigensi jauh' memandangkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang tahap kemuncak konflik Israel-Gaza.

"Ini adalah usaha yang wajar. Ia adalah lebih baik untuk bersedia perlu ada keperluan, "satu kenyataan rasmi pada Isnin. Kedua-dua pegawai berkata kapal-kapal akan digunakan hanya untuk membantu rakyat Amerika dan tidak ada apa-apa peranan untuk tempur.


Bolehkah alasan Obama dipercayai?

Kekuatan jalinan persahabatan antara US dengan Israel mungkin boleh mengenepikan alasan yang diberi oleh obama melalui pegawai-pegawainya. Keadaan yang mendesak akibat tentangan hebat Hamas terhadap negara penjajah Israel dokongan US membuatkan US menghantar kapal perangnya ke Israel dengan memberi alasan tidak konkrit dan sememangnya tidak logik.

Kemungkinan untuk campurtangan dalam konflik israel/palestine kali ini seolah dirancang dengan teliti. Ugutan Mesir dan Turki mungkin menjadi punca ketakutan yang dialami Israel hingga mendesak US datang membantu. Setidak-tidaknya bagi menggerunkan kedua-dua negara Islam terbabit dengan kehadiran tiga buah kapal perang utama mereka ke Israel.

Sebenarnya negara Islam tidak punya pilihan jika benar mahu mendapatkan kembali tanah Palestine yang semakin mengecil sejak penaklukan Israel pada tahun 1948. Tanah Palestine terus dirampas dengan rakus dan menjadikan sebahagian rakyat Palestine bergelandangan mencari tanah baru untuk didiami.

Otoman Turki sebagai pemilik asal tanah palestine , syria dan israel adalah satu-satunya harapan Islam untuk bangkit berdasarkan kedudukan negara itu yang mempunyai kekuatan tentera di kedudukan ke enam terkuat di dunia. Tentera Turki kini memang bersedia dan menunggu isyarat 'serang' dari Erdogan berikutan beberapa krisis yang berlaku antara Turki dan Israel terutama krisi yang menyebaban lapan warga Turki terkorban dalam pencerobohan tentera israel ke atas kapal MV Mavi Marmara di laut Mediterranean yang dalam perjalan menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestine.

LALUAN DARAT TURKI KE ISRAEL

































Untuk sampai ke Isreal, Turki terlebih dahulu perlu menakluk Syria bagi memudahkan laluan darat melalui pesisir pantai ke Israel.  Mengikut geografi mudah, Israel sebenenarnya berada di kedudukan tersepit di kelilingi oleh negara arab. Dengan Mesir mengepung di Selatan dan Turki di Utara.

Turki perlu sedaya upaya membantu pejuang pembebasan Syria untuk menawan semula negara mereka daripada regim syiah Basyar al Assad.. Kejatuhan Syria kepada FSA yang disokong  Ikhwan akan meningkatkan tekanan ke atas negara zionis israel. Kerajaan sedia ada Syria adalah sekutu Israel walau kelihatan sebagai musuh ketat di hadapan umum seluruh dunia. Jatuhnya kerajaan Basyar bermakna Israel akan dikepung oleh tiga negara muslims brotherhood.

Mungkinkah sejarah berulang lagi?

Mesir adalah negara arab yang paling banyak berperang dengan Israel. Israel pernah mengalami akibat terburuk dalam sejarah perang antara kedua-dua negara dalam Perang Ramadhan yang bermula pada Oktober 1973 dimana, 2,656 askar Israel terbunuh, 7,250 askar Israel cedera, 1,000 tentera menjadi gila, 400 kereta kebal musnah dan 102 jet pejuang ditembak jatuh.

Sejarah inikah yang membuatkan tiga kapal perang AS berada di sana sekarang?

Dalam memastikan kebahagiaan dan kebebasan rakyat Palestine, Islam tidak ada jalan lain selain mengisytiharkan perang secara habis-habisan terhadap Israel walaupun risikonya amat tinggi dan mungkin menjadi pemangkin kepada perang dunia ke tiga berikutan Putin juga telah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Mesir dalam mempertahankan Palestine

Rusia adalah musuh utama AS dan jika berlaku peperangan besar-besaran di Palestine yang membabitkan AS, Rusia pasti akan turut serta kerana Rusia perlu menyaingi musuh ketatnya itu dalam semua sudut, ekonomi, ketenteraan dan kepentingan luar negara. Risiko menjadi lebih besar apabila China dan Korea Utara yang merupakan negara sahabat paling akrab Rusia dan turut memusuhi AS akan ikut campur dalam peperangan.-gelorahatimuda

segalanya berkemungkinan... wakaka
Mengharapkan Mesir dan Turki memulakan perang terhadap Israel demi menyelamatkan Gaza.


adios

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete