Thursday, November 29, 2012

Ada orang minta mahapppp!!! siap susun jari sepuluh lagii- merayu BN terus diundi.. wakaka

KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.

Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.- sinar

Nak maapkan ke? kasi maap la yer.. tapi kasi hukum dulu
Tolak BN , hancurkan umno
wakaka

Undilah Pakatan Rakyat


adios

No comments:

Post a Comment