Sunday, October 28, 2012

umno berhantu dan kewujudan ustaz-ustaz sesat

Apabila kita membicarakan mengenai politik semasa, kita tidak akan dapat menolak daripada menyebut nama umno kerana umno adalah satu watak yang mewarnainya hingar bingar politik Malaysia.

Apa yang pelik tentang umno ialah kesetiaan sesetengah penyokongnya yang tidak berbelah bagi. Bagi mereka ini hanya ada umno dalam kamus hidup mereka. Apa sahaja tindakan umno walaupun menyalahi agama, undang-undang dan adat resam tetap benar bagi mereka.


Umno sering mendabik dada menyatakan mereka adalah pejuang islam yang sebenar berbanding PAS yang kononnya menpergunakan agama untuk kepentingan politik.

Senario poltitk kebelakangan ini tertumpu kepada isu hudud.

Tercetusnya isu adalah apabila umno mempertikai ketelusan PAS memperjuangkan Islam dan melaksanakan hudud kerana sanggup menyertai pakatan yang merangkumi DAP yang jelas menentang perlaksanaan hudud. Kemuncaknya pula adalah apabila MCA memperlekeh dan menghina Islam melalui ucapan presidentnya Chua Soi Lek.

PAS dengan serta merta membantah penghinaan Chua terhadap Islam dengan pelbagai cara sama ada melalui ucapan pemimpin, protes aman di bangunan MCA dan blog-blog milik penyokong PAS. Demikian juga sekutu PAS dalam PR iaitu DAP. Dap menuntut MCA memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam atas penghinaan yang dilakukan.

Di pihak umno pula tiada satu pun bantahan terhadap penghinaan Chua. Pemimpin umno, bloger umno dan penyokong umno diam membisu seolah-olah merestui penghinaan Chua.

Mufti dan ulama umno yang mewakili kerajaan juga diam membisu umpama buaya cacat kehilangan ekor untuk melibas, umpama harimau tua hilang kuku untuk mencakar atau lebih tepat lagi umpama orang utan yang sedang mengemam makanan dalam mulut. Hendak bercakap ditakutinya makanan dalam mulut terpancul keluar.Tentulah rugi.

Jika dilihat daripada perkembangan terbaru ini, jelas sekali bahawa DAP lebih sensitif terhadap Islam walau pun menolak perlaksanaan hudud berbanding umno yang sentiasa mengagungkan diri sendiri sebagai pejuang Islam di Malaysia tetapi menikus apabila agama Islam dihina oleh sekutu mereka iaitu MCA.

UMNO sendiri turut menolak hudud kerana menurut mereka hudud yang dicadang PAS bukanlah hudud yang dituntut oleh Islam tetapi ciptaan PAS semata-mata atau 'Hudud Acuan PAS.' Ini juga adalah alasan  kerana dalam umno ada beratus-ratus ilmuan Islam yang hafiz (termasuklah guru sekolah agama pondok yang terima 2 juta) dan layak menterjemah hudud yang terdapat dalam Al Quran.

Jika UMNO turut berniat melaksanakan hudud berlandaskan Al Quran , mereka sepatutnya mendedahkan draf hudud berpaksikan kefahaman mereka dengan merujuk Quran sebagai sumber. Jika draf itu wujud dan dibandingkan dengan draf hudud PAS barulah layak UMNO menuduh hudud PAS tidak berlandaskan Al Quran. Pernahkah UMNO mengusahakan draf hudud mereka sendiri?

Apabila mereka mengaku sebagai seorang Islam mereka sepatutnya mempertahankan kesucian agama Islam, tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam seperti mencuri wang negara melalui manipulasi dan rasuah; menjalankan perniagaan yang dilarang syarak dan mengikut cara hidup bukan Islam seperti minum arak dan berjudi.

Siapakah ustaz-ustaz sesat yang dimaksudkan oleh Azhar Idrus? Yang past mereka adalah ustaz-ustaz yang menjadi dalang untuk memberi penerangan kepada umum dengan matlamat supaya menolak hudud. Siapa mereka? cuba imbas kembali ingatan dalam minda kita. Wajah-wajah ustaz sesat itu akan muncul. InsyaAllah!

Yang menghairankan , mengapa orang-orang seperti ini masih ada penyokong malah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyebarkan fitnah untuk mempertahankan pemimpin-pemimpin sebegini dan masih mahu umno menerajui kerajaan Malaysia.

umno berhantu atau orang-orangnya hantu


lepak sini jap  release tension anda

Batu Nisan Ameno
Gambar Penjawat Awam Wanita Dirakam Ketika Kencing/Berak di Komtar

wakaka

adios


No comments:

Post a Comment