Friday, October 12, 2012

Soosan Firooz Rapers Wanita Pertama Afghanistan


Langkah Pertama Mewujudkan Wanita Sekular Di Afghanistan




11 Okt – Ramai lagi, khasnya penduduk di negara Afghanistan yang masih belum pernah mendengar nama Soosan Firooz. Namun, gadis rupawan berumur 23 tahun ini bakal mengukir sejarah dengan menceburi dunia hiphop dan menjadi rapper wanita pertama di negara yang terkenal di mata dunia dengan tradisi konservatif yang menyekat hak kebebasan wanita.

Hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi Firooz kerana pilihan yang dibuat telah mengakibatkan pakcik dan beberapa sanak-saudara yang lain memutuskan hubungan dengan keluarga beliau.
Tambah Firooz lagi, seperti yang dilaporkan portal NY Daily News, perkara yang berlaku turut membuatkan bapa beliau, Abdul Ghafar Firooz berhenti kerja di jabatan elektrik semata-mata untuk melindunginya semenjak beliau memasuki bidang muzik dan lakonan.

Lagu sulung Firooz yang boleh didengari di Youtube disusun oleh penyanyi dan komposer Afghanistan terkenal, iaitu Farid Rastagar yang baru sahaja pulang dari menetap di Jerman dan kini memiliki sebuah studio rakaman di Kabul.-cinemaonline

No comments:

Post a Comment