Wednesday, October 24, 2012

Skandal Polis: Bos Jalin Hubungan Sulit Dengan Isteri Konstabel

Johor Bahru: Seorang pegawai kanan polis yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri anggotanya telah ditukar dari ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Menurut sumber, pegawai yang mempunyai pangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditukarkan sementara menanti tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadapnya dari Bukit Aman, lapor mStar Online.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Ismail Yatim, mengesahkan kes berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

Sebelum ini, akhbar The Star pada 16 Oktober lalu, melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel membuat laporan polis di Melaka terhadap pegawai atasannya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Bagi mengukuhkan dakwaan tersebut apabila beliau telah mengekori isterinya pada 13 Oktober lalu di sebuah resort di Ayer Keroh dan mangsa mengaku menemui pegawai polis tersebut.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan beliau tidur dengan lelaki berkenaan.

Konstabel itu kemudiannya membuat laporan polis di Johor BahRu beberapa bulan lalu terhadap pegawai polis yang sama atas alasan serupa.

**gua pilih gambar kat atas tu sebab itu saja gambar polis cun yang ada_ gua tibai la. 

wakaka

adios

No comments:

Post a Comment