Wednesday, October 24, 2012

Perjanjian Setan UMNO Dengan MCA

Saya benar-benar terkejut apabila mendengar ucapan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada Mesyuarat Agung MCA ke-59 Ahad lalu kerana begitu banyak pembohongan dan penipuan disumbatkan dalam satu ucapan.

Berikut adalah tiga contoh pembohongan dan penipuan yang dihamburkan Chua Ahad lalu:

1. “DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar. Daripada 11 buah negara yang melaksanakan hudud, lapan buah dikatakan negara paling korup dan negara-negara itu juga dikenali sebagai tidak stabil dan tidak selamat.”

2. “UBAH bermaksud: U untuk Untuk, B untuk Bentuk, A untuk Agama dan H untuk Hudud ala PAS. CHANGE pula bermaksud C = Choose H = Hudud A = At N = Next G = General E = Election”

3. “Mereka (DAP) akan terus memperdaya, memberi harapan palsu kepada kaum Cina bahawa jika kaum Cina mengundi DAP, mereka akan diperkasakan untuk menjadi penentu di negara ini.”

Chua begitu terdesak cuba meyakinkan dirinya dan rakyat Malaysia bahawa DAP memperjuangkan hudud PAS sehingga ke tahap berhujah bahawa hudud akan “mengurangkan korupsi” di Malaysia dan menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pungutan suara bagi “hudud ala PAS”.

Chua betul. Ini adalah satu “pembohongan besar”, tetapi pembohongan besar yang dicipta oleh Chua sendiri bukannya DAP.

Pemimpin DAP tidak pernah berselindung daripada mengakui bahawa terdapat perbezaan di antara DAP dan PAS dalam persoalan-persoalan negara Islam dan hudud, malahan pemimpin PAS telah mengatakan secara terbuka bahawa mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ke -13 bukanlah undi untuk hudud, tetapi merupakan undian kepada perancangan bersama Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan, memastikan berjalannya demokrasi, memulihkan kemandirian dan profesionalisme institusi-institusi penting negara yang dimusnahkan oleh UMNO/Barisan Nasional dan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas dan kawasan.

Pembohongan Chua yang paling mengarut adalah kononya pemimpin DAP memberitahu kaum Cina bahawa mereka adalah “penentu dalam negara ini” sedangkan ini tidak pernah menjadi pendirian DAP.

Ucapan Presiden MCA oleh Chua dipenuhi dengan pembohongan dan sikap tidak jujur.

Ketika mengatakan lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud sebagai paling korup, adakah Chua berhenti seketika untuk mempertimbangkan mengapa sejak 17 tahun lalu (terutama 3 ½ tahun kebelakangan ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri) Malaysia telah menjadi semakin korup, tewas kepada enam negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2011 sedangkan enam belas tahun lalu, Malaysia mendahului semua negara-negara OIC dalam CPI TI 1996 dari segi pembangunan, kedaulatan hukum dan ketelusan?

Pada tahun 1996, Malaysia berada di kedudukan No.26 daripada 54 negara dengan skor 5.32 – mengatasi Jordan (No.30 – skor 4.89), Turki (No. 33 – Skor 3.54) dan Mesir (No. 41- 2.84).

Enam belas tahun kemudian, di dalam CPI TI 2011, Malaysia merundum ke kedudukan 60 dengan skor terendah 4.3 – tewas kepada enam negara OIC dan hanya satu kedudukan mengatasi Turki, seperti yang digambarkan di bawah:

Qatar – No. 22 (kedudukan) 7.2 (skor)
UAE - 28 (6.8)
Bahrain- 46 (5.1)
Oman - 50 (4.8)
Kuwait – 54 (4.6)
Jordan – 56 (4.5)
Arab Saudi – 57 (4.4)
Malaysia – 60 (4.3)
Turki - 61 (4.2)

Ini bukanlah tindakan Chua paling mengejutkan ketika Persidangan MCA, tetapi tindakan beliau mempertahankan Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa PAS membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.

Perasaan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek Pilihan Raya Umum ke-13.

Adalah jelas MCA dan UMNO telah mengadakan “perjanjian syaitan” supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa UMNO/BN pada PRU13.

Pemimpin UMNO, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Mesyuarat Agung MCA, tidak percaya dengan pembohongan dan penipuan MCA antaranya fitnah ke atas PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol.

Tetapi mereka terus membisu, seperti mana pemimpin MCA membisu walaupun mereka tidak percaya pembohongan UMNO bahawa DAP mahu mendirikan negara Kristian, memansuhkan pemerintahan Raja-Raja Melayu dan mendirikan republik.

Inilah “perjanjian Syaitan”. Tidak hairanlah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir baru-baru ini membuat kenyataan – “Lebih baik syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali.”

Tidak ada pengakuan yang lebih benar tentang kewujudan 'perjanjian syaitan' UMNO/MCA menghasilkan politik paling jahat dalam sejarah negara, yang langsung tidak mempedulikan kebenaran dan keadilan, dalam keterdesakan politik UMNO/BN untuk kekal berkuasa pada PRU13.-HD

Dengan penjelasan Lim Kit Siang itu bermakna kenyataan Chua begitu dangkal dan tidak berasaskan fakta. Ini juga membuktikan bahawa bodohnya president MCA itu.

wakaka

No comments:

Post a Comment