Tuesday, October 9, 2012

Pengurus Kelab Bolasepak Paling 'HOT'

Pemain kelab bola sepak Poland Warta Poznan akan tidak mempunyai masalah mencari motivasi untuk berbuat yang terbaik di atas padang apabila wanita cantik dan seksi bekas model Playboy Izabella Lukomska-Pyzalska memiliki kelab itu.

Bekas model itu menghangatkan suasana apabila dinobatkan sebagai bos bola sepak yang paling hangat di planet ini selepas melangkah masuk untuk menyelamatkan kelab bola sepak yang di ambang pembubaran dengan membayar semua hutang kelab itu pada awal tahun ini.

Bintang majalah Playboy Playmate tahun 2001 itu kini menguruskan kewangan kelab. Dia
berharap dapat melihat Warta Poznan maju ke division teratas liga Poland.

Beliau telah mengambil pendekatan hands-on dan telah meminta supaya pemain dan kakitangan kelab memanggilnya "Presi".

Pasukan beliau telah berjuang sepuluh tahun lalu tetapi sejak dia mengambil alih, jualan tiket kelab bola sepak itu telah meningkat.

Kecantikan dan keseksiannya pernah menarik perhatian bintang Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo semasa sesi latihan Portugal pada bulan Jun tahun ini.

Nampaknya playboy Portugal itu terpaksa gigit jari kali ini kerana 'bos' ini sudah berkahwin.

No comments:

Post a Comment