Monday, October 15, 2012

Nasha, Mohd Noor Deri Dan Harun Din Ibarat Ombak Tiga Beradik

Tulisan ini dibuat untuk menangkis serangan bertali arus proksi UMNO dari dalam dan luar PAS. Terbaru Prof Madya Mohd Noor Deri yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS telah membuat kenyataan akhbar seperti yang disiarkan TheMalaysianInsider

TGNA tidak perlu letak jawatan kerana keputusan untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP adalah begitu tepat sekali. Dalam perjanjian kerjasama politik antara ketiga-tiga parti politik itu memang tidak terkandung perlaksanaan hudud sebagai hukum yang bakal dilaksanakan jika PR memenangi pilihanraya umum 13.

PAS memang tidak berkemungkinan menegakkan hukum Islam di negara ini kerana sokongan yang kecil. Namun apa yang lebih penting di sini sekarang, setidak-tidaknya dalam situasi sekarang kemenangan PR ke atas BN adalah agenda utama.

Perjuangan PAS kini harus tertumpu kepada menentang kezaliman dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara yang mana juga adalah satu kewajipan sebagai umat Islam.

Dan bagi TGNA, tuntutan royalti negeri Kelantan yang dizalimi selama ini perlu menjadi perkara utama apabila menang kelak. Wang tersebut penting untuk menunjukkan kepada seluruh negeri lain di Malaysia betapa pentadbiran berteraskan Islam lebih baik, berdaya maju dan berdaya saing dalam semua aspek.

Sebagai sebuah parti kecil, PAS perlukan gandingan mantap dalam menghadapi pilihanraya  Dan kerjasama itu tidak menyalahi hukum Islam kerana Tahaluf Siasi ini dibenarkan syarak selagi tidak menggadai prinsip-prinsip utama syarak.Untuk bekerjasama dengan umno demi menegakkan islam memang tidak boleh kerana umno sendiri menolak hukum islam (hudud) dengan pelbagai alasan. Gandingan PAS dengan PKR dan DAP harus dilihat sebagai perintis kepada satu kegemilangan Islam di Malaysia.

Sebagai titik permulaan PAS harus berganding dalam PR untuk memenangi pilihanraya dan menewaskan setan dikenali iaitu umno bn.Daripada kemenangan tersebut bermakna kerajaan baru PR akan menguasai semua media arus perdana. Penerangan tentang hudud dan perundangan islam dengan terperinci dapat dilakukan dengan cara 'TOTAL' supaya segenap lapisan masyarakat dapat memahami dan menerima hudud.

Dengan kejayaan dalam PRU 13 juga , PAS akan menjadi parti utama melayu Islam dalam PR. Di masa itu melayu keseluruhannya akan bergantung harap kepada PAS. Dengan kredibiliti dan kebolehpercayaan yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS pada masa itu pasti sekali PAS akan mendapat tempat di mata orang-orang melayu waima melayu yang menghina PAS sekarang ini sekali pun.

“Dia nampak kerjasama itu cantik tetapi sebenarnya dihiasi syaitan. Tetapi disebabkan sejak dulu dia menentang Umno, jadi sekarang Umno yang jahat, bukan DAP,” kata Prof Madya Mohd Noor Deri yang dipetik Utusan Malaysia.

UMNO memang selayaknya digelar jahat kerana memang mereka begitu. Semua skandal yang didedahkan oleh media maya membuktikan kejahatan mereka. Kejahatan itu disembunyikan dengan begitu licik sehingga bepuluh-puluh tahun tanpa disedari sesiapa. Kebangkitan rakyat hari ini dan keberanian beberapa pemimpin PR mendedahkan segala kejahatan mereka membuatkan segalanya terbongkar dan tidak dapat dinafikan oleh mereka sendiri.

Sebagai seorang pengundi yang dikurniakan akal berfiirlah wahai saudara-saudari sekelian. Mengapa sejak akhir-akhir ini ada saja orang yang ada kena mengena dengan PAS mengeluarkan kenyataan meminta PAS keluar dari gabungan PR walau tidak secara terus terang tetapi itulah tujuan mereka. Dan sasaran mudah meraka ialah DAP. DAP menentang hudud dan segalanya.. Fikirkanlah apa motif mereka...

Pertama kita nilai dahulu siapa mereka. Kita lihat mengapa Hassan Ali keluar parti PAS dan menubuhkan JATI yang tidak mendapat sambutan. Bercakap senada dengan umno. Berucap di pentas umno walau tidap pernah mendapat sambutan.

Sepanjang gua ingat Hassan Ali adalah salah seorang orang kuat PAS yang telah mengadakan pertemuan sulit dengan umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan atas kepentingan melayu sejurus setelah PR memenangi pilihanraya di Selangor beberapa tahun lalu. Menurut maklumat internet Hassan Ali telah dijanjikan jawatan Menteri Besar - wallahualam. Malangnya PAS pusat menolak kerjasama berkenaan dan mengambil keputusan kekal dengan PR. Itulah yang membuatkan Hassan Ali meroyan sehingga hari ini.

Terdapat bebarapa lagi pemimpin PAS yang turut sama dalam rundingan tersebut. Tidak dapat dipastikan siapa namun menurut andaian gua, mungkin juga Nasharuddin mat Isa. Sejak penolakan PAS pusat terhadap cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor, Nasha tidak banyak membuat kenyataan umum bagi pihak dirinya mahupun bagi pihak PAS.

Dalam diam-diam Nasha dilihat menjadi jurubahasa kepada najib di Arab Saudi. Kesetiaan Nasha sudah banyak dipertikaikan sejak itu. Kini terbaru Nasha buat hal lagi, dengan mengeluarkan kenyataan yang berbeza tetapi dengan maksud yang sama dan memihak penyatuan PAS dengan UMNO.

Jika kita mahu berfikir, segala yang mereka lakukan kini adalah demi merosakkan kepercayaan ahli-ahli dan para penyokong PAS. Sokongan yang merudum teruk kepada umno dan bn membuatkan mereka gelabah beruk mok ye. Mereka, seperti pilihanraya umum 12 cuba mendapatkan kerjasama PAS apabila terdesak. Bagi PRU 13 mereka telah berusaha dengan pelbagai cara untuk mendesak PAS bergabung dengan mereka.

Pelbagai tuduhan terhadap PAS akibat persekepakatan dalam PR diutarakan mereka. Terkini ,  orang dalaman PAS sendiri. Nasharuddin Mat Isa telah mengeluarkan kenyataan yang berbau umno. Harun Din yang sekian lama membisu juga telah mengeluarkan suaranya yang lunak. Membangkitkan isu liberalisme dan pluralisme yang kononnya diamal Anwar Ibrahim. Disambut pula dengan seruan Hassan Ali supaya TGNA meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada DR Harun Din.

Gua berasa terpanggil untuk menyiarkan entry PLURALISME AGAMA: POLITIK, FANATIK DAN REALISTIK dan Anwar Ibrahim Bukan 'The One And Only' Pemimpin Berfahaman Liberal

Kenyataan mereka ini ibarat ombak tiga beradik. Istilah bagi tiga ombak laut yang memukul pantai berturut-turut. Kaki pancing pasti tahu akan istilah ini. Ombak inilah yang amat ditakuti kaki pancing kerana sangat berbahaya dan mampu menenggelamkan sebuah bot mahu pun kapal.

Apakah ganjaran kepada mereka yang membuat kenyataan begini?

Kalu kita masih ingat Pengasas Pondok Genting di Tumpat, Abdullah Sa'amah telah mendapat dana sebanyak RM2 juta sebaik sahaja mengeluarkan fatwa peribadinya kepada umum "Sokong DAP Haram"

Apakah bentuk ganjaran kepada Nasharuddin, dan Prof Madya Mohd Noor Deri? Adakah berkemungkinan kenyataan Dr Harun Din juga merupakan suara bagi pihak umno bn?

Kita tunggu sahaja rezeki. Jika ada rezeki kita untuk mengetahui maka akan terdedahlah ganjaran mereka.

Entry pencacai semalaysia yang menyatakan PAS ditawar 3 jawatan menteri jika bersekongkol dengan UMNO apco. 


Jika itulah punca mereka kini menyerang PAS dengan pelbagai tuduhan yang akhirnya dikilas dengan mudah oleh beberapa pihak dari luar dan dalam PAS.

Hanya untuk mendapat jawatan menteri??? 

Jika itulah keadaannya, terbukti meraka bukan pejuang untuk Islam dan keadilan demi rakyat Malaysia. -GeloraHatiMuda

wassalam

wa suka lu

adios




No comments:

Post a Comment