Friday, October 26, 2012

"I would like to say thank you to Allah S.A.W."- Sengaja, Tak sengaja ,cari publisiti murah atau memang tak tahu?

Tidak terlepas daripada mentaliti peminat yang agak obses dengan kesilapan seorang artis, ianya turut berlaku kepada penyanyi hip-hop wanita nombor satu Malaysia, Mizz Nina, apabila dia sekali lagi dikecam ekoran kesilapan menulis nama Allah S.W.T kepada Allah S.A.W.

Penyanyi yang berusia 33 tahun ini telah dikecam kerana meletakan baris ayat di dalam kulit album "Take Over" yang berbunyi "I would like to say thank you to Allah S.A.W.", sedangkan dia sepatutnya peka dengan ejaan betul iaitu Allah S.W.T.

Pemilik nama sebenar Shazrina Azman dengan tenang menjawab segala tohmahan yang dilemparkan sebelum ini berkaitan isu sensitiviti peminatnya yang beragama Islam.

"Saya sudah menjelaskan kepada semua terutama sekali keluarga saya. Malah suami saya, Noh turut memahami insiden ini. Saya juga telah menarik diri daripada membuat persembahanan di konsert tajaan jenama minuman arak tersebut.

"Saya tahu mereka yang suka menjatuhkan orang lain ini akan terus bercakap dan mencari kesalahan saya daripada sudut lain. Apa yang penting, saya telah menjalankan apa yang perlu saya lakukan," ujarnya.


Kulit Album tu selallunya dibuat dengan teliti supaya menarik dan tepat. Macam mana boleh terlepas pandang? Adoi mek weh.. Cek la dulu. Kan dah malu sekeluarga.

hang sapot duit, jantan lain sapot 'ayaq'

adios

No comments:

Post a Comment