Thursday, October 25, 2012

Hang Sappot duit Jantan Lain Sappot 'Ayaq'


Sapa mak bapak polis yang seorang ni? Kedua orang tua polis ini patut terima penghargaan juga atas kebaikan dan budi anak mereka seperti dalam gambar. Kalau difikirkan logik memang motor kriss tu tak mampu nak gerakkan lori tu. Tapi dek kerana kemanusiaan anggota polis ini tetap mencuba untuk menolak lori tersebut. APA HAL sebenarnya? minyak abis kot ..

Apabila disebut polis, ramai yang mencebik bibir tanda benci sangat kat polis. Terutama polis trafik memang dibenci sangat oleh rakyat. Memang tak dinafikan ramai polis berperangai tak elok. Berapa peratus? tak tau nak kata berapa peratus tapi yang pasti masih ramai anggota polis yang menjalankan tugas dengan baik jujur dan ikhlas.

Sesetangah pendapat menyatakan polis ibarat robot. Sentiasa mematuhi arahan. Setiap arahan ketua akan dipatuhi tanpa persoalan. itu yang jadi masalah. Kalau dapat bos macam haram, nak lawan badan teruk, kerjaya tergugat. Tak lawan pulak rakyat benci kita... aduh nasib kau lah pak polisi.

Apabila polis mintak naik gaji kerajaan tak bagi.. Ingat kerja polis senang ke? Gua berpendapat polis buat jenayah dan terima rasuah berpunca daripada kerajaan. Polis tu memanglah lulus SPM saja (konstabel) tapi kena la fikirkan risiko pekerjaan mereka.

Teringat gua kata-kata ayahanda gua semasa gua nak minta izin menyertai latihan tentera laut. Lu orang tau ayahanda gua cakap apa?

" Engkau nak buat apa jadi askar? Nak pertahankan negara,  Pertahan negara dengan apa? Engkau nak tahan peluru dengan dada? Tengok ayah cho kamu.... apa dia dapat selepas jadi askar.   Hidup pindah randah. Anak tak kenal bapak. (zaman tu kena masuk hutan dua-tiga bulan). (ayah cho tu pakcik la.)

Ini pulak navy.. Silap-silap bini engkau pun orang lain pakai. Engkau dok sappot duit jantan lain senang-senang saja sappot 'ayaq'. Engkau balik belayar tau-tau bini mengandung. Anak lahir engko pun timang "anak ayah, anak ayah" tapi tah anak sapa-sapa,"(selamba jer ayahanda gua ni) perghhh!!

Terus jiwa pejuang gua gugur beb. Koyak surat tawaran. Terus cari kerja opis boy kat sebuah bank di kuala lumpur. Kalau gua jadi navy dulu tah berapa banyak baka gua bertabur di segenap pelabuhan. 

Begitulah cabaran hidup seorang anggota unit beruniform bersenjata di Malaysia. Bermacam perkara dan masalah boleh menimpa sekiranya tidak bernasib baik.Mereka berkorban jiwa meninggalkan isteri tercinta dan anak-anak tersayang kerana menjalankan tugas mengikut tuntutan perjawatan. Adakalanya seketika dan ada kalanya berbulan-bulan.  

Tapi apakah penghargaan kerajaan Malaysia kepada mereka? 


adios

No comments:

Post a Comment