Wednesday, October 3, 2012

Fathul Bari Cuba Sebar Fahaman Wahabi - Sapa Nak Jawab

MOHON PENCERAHAN DARIPADA ILMUAN AGAMA ISLAM DI SELURUH MALAYSIA... SOALAN SAYA IALAH ADAKAH KANDUNGAN CERAMAH FATHUL BARI (DI MANA-MANA SAHAJA DAN PADA BILA-BILA WAKTU) MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR FAHAMAN WAHABI?

Persoalan itu timbul apabila saya membaca blog PENEGAK TAUHID AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.

Dalam post di blog tersebut bertarikh 30 September 2012 yang mengandungi tulisan berbunyi begini ;

Tuduhan firqah sesat, Jahmiyyah bagi golongan Al-Asya'irah yang mempelajari pengajian Sifat 20 yang dibuat oleh Fathul Bari dijawab oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari sewaktu pengajian Himpunan Risalah-Risalah Hadith Nabawi di Masjid Al-Falah USJ9, Subang.Sikap melampau golongan Wahhabiy ini sepatutnya disekat dari memberi sebarang ceramah namun kelicikan mereka setelah Fathul Bari ditangkap ketika menyampaikan kuliahnya di I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah suatu masa dahulu, terus sahaja mengumumkan untuk menyertai parti politik dominan UMNO sebagai platformnya untuk menyebarkan fahaman Wahhabiy.Berhati-hatilah dengan kemunculan 40 orang yang mengaku sebagai Ulama Muda sedangkan hakikatnya hanyalah untuk menyebarkan fahaman yang menyesatkan aqidah umat Islam dengan aqidah Tajsim & Tasybih.

Posted by Ibn Salleh. at 9:44 PM

Sekiranya benar Fathul Bari dan 40 orang ulama muda mempunyai agenda tersendiri untuk menyemai fahaman wahabi di Malaysia maka mereka harus dihalang mengikut mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Gua sendiri ragu dengan pandangan dan jawapan Fathul Bari dalam sesuatu isu

adios

No comments:

Post a Comment