Tuesday, October 30, 2012

Lagi Rayuan Cai Supaya PAS/ UMNO bersatu- wakaka

Memang dasar hipokrit yang tak tahu malu. Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin mereka menghina PAS dan penyokongnya, usaha memujuk PAS untuk bersatu terus dijalankan secara senyap-senyap.

Terbaru sebuah blog cai umno menulis panjang lebar kononnya PAS akan dihapuskan oleh DAP dan PKR setelah memenangi pilihanraya kelak.

Memang bijak mempengaruhi orang dengan ayat-ayat yang tersusun rapi dan bahasa yang indah untuk tatapan insan bergelar melayu. Sayunya rasa di hati... wakaka

Penulis blog ini juga cuba menjadi nujum dengan menulis;

"Anwar dan DAP tidak pernah ada dalam kamus mereka menyanjungi pemimpin PAS, bagi mereka PAS hanya akan wujud sebelum PRU13 sahaja untuk membantu kemenangan mereka. Sebaik selesai PRU13 nanti dan setelah Putrajaya berjaya ditawan oleh Anwar dan DAP, parti PAS tidak lagi ujud dan akan diharamkan buat selama-lamanya."- dipetik daripada blog cai hambaliabdullah .

Yang paling kelakar ialah di bahagian penutup penulisannya, penulis merayu berbunyi begini;

AYUH penyokong UMNO dan PAS bersatu lah  pada PRU13 ini bagi mengekalkan kuasa melayu yang mendokong Agama ISLAM agar terus bertapak dibumi MALAYSIA bertuah ini.

Sebelum itu berbagai-bagai cara mereka merayu PAS agar bersatu dengan mereka sama ada melalui rundingan terus, seruan dalam ceramah, dan blog-blog pro umno. 

Inilah yang dinamakan si bacul yang bercakap besar. Dalam media bukan main pong pang kutuk PAS berapi. PAS syiah , PAS wahabi, PAS parti ajaran sesat. dan bermacam-macam lagi.Dalam senyap-senyap rupanya mintak bantuan nak kekalkan ketuanan resident APCO.

Bagi gua senang saja, kalau umno berani buang mamak, portugis dan siam daripada umno pun dah kira cukup baik. Jadikan umno parti melayu 100%. Kalu itu berlaku gua isi borang umno keesokan harinya. Apa macam?? ada bran? Kompom tak brani,, Apatah lagi untuk singkirkan MCA dan MIC lembik terus lutut... wakaka



UMNO parti melayu bukan , parti Islam pun bukan
toksah wayang la

wakaka

adios



No comments:

Post a Comment