Wednesday, October 31, 2012

BN Bertambah Bengang Dengan Khalid

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau mahu melakukan penstrukturan menjadikan syarikat-syarikat air seperti SYABAS, Puncak Niaga dan Puas milik kerajaan negeri sebelum bersetuju dengan pembinaan loji penapisan air Langat 2.

Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Abdul Khalid mengatakan projek tersebut tidak akan memberi sebarang manfaat sekiranya syarikat air itu masih belum dimiliki kerajaan negeri.

“Kita mahu menguruskan air seperti di negeri-negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain, di mana kerajaan negeri mempunyai pemilikan dalam syarikat air,” kata Khalid.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah ahli parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad.
Sementara itu, Azmin berkata SYABAS telah telah menaikkan tarif air dan ia membimbangkan.

“Syabas telah mendapat kelulusan untuk menaikkan harga pada tahun 2009 sebanyak 37 peratus, kemudian 25 peratus pada 2012, 20 peratus 2015 dan 10 peratus pada 2018.
“Pada tahun 2030, harga air di Selangor akan berharga RM3.83 per meter padu.
“Kenaikan tarif air tidak sepatutnya naik 12 peratus,” katanya selepas ditemui di parlimen hari ini.

Sebelum itu, beliau memberitahu dewan hari ini bahawa kapasiti air di Selangor adalah mencukupi, sambil mengatakan kerajaan persekutuan berdolak-dalik dalam menentukan waktu krisis air, dari tahun 2013 kepada 2017.tmi melalui yahoo

No comments:

Post a Comment