Thursday, October 4, 2012

Anwar Tak tahu Ekonomi. wakaka

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat "tidak tahu ekonomi" apabila mengatakan belanjawan mereka mampu mengurangkan defisit.
Muhyiddin berkata, ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak tahu mengenai situasi ekonomi negara.

"Dia (Anwar) kata tak ada usaha yang dibuat dan belanjawan Pakatan boleh kurangkan defisit RM20 bilion.
"Sebenarnya mereka ini tak pakar. Tak tahu situasi ekonomi negara. Mereka bukan dalam kerajaan," katanya semasa berucap pada perjumpaan bersama pemimpin belia Selangor dan mahasiswa di Shah Alam hari ini.

Turut serta pada majlis itu Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN negeri Datuk Seri Md Zain Mohamed.
Kira-kira 2,000 belia dan mahasiswa turut serta.

Selain itu, Muhyiddin turut menyifatkan cadangan Pakatan yang ingin menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan yang akan menyebabkan peminjam akan datang tidak mendapat bantuan.

"Tujuan bayar balik pinjaman untuk mengisi tabung untuk kegunaan peminjam akan datang.
"Kalau dihapuskan anak-anak yang dapat bantuan tidak akan mendapat bantuan," katanya lagi.
Cadangan bantuan kahwin ke kabinet

Sementara itu, ketika sesi dialog bersama peserta yang hadir, Muhyiddin berkata akan membawa cadangan berhubung wang bantuan perkahwinan ke kabinet esok.
Cadangan yang diberi oleh seorang peserta belia 4B itu bertujuan agar kerajaan membantu belia yang mahu mendirikan rumah tangga.

"Saya akan bawa ke kabinet esok. Ini untuk perkahwinan pertama. Kalau kedua, ketiga saya tak tahu.

"Mungkin saudara semua tengok sikap pemurah perdana menteri. Tak tahu beliau setuju atau tidak (cadangan). Tapi saya akan cakapkan," kata Muhyiddin.

Selain itu juga, Muhyiddin turut mengumumkan pemberian wang bantuan berjumlah RM10,000 kepada setiap Majlis Belia Negeri Selangor di peringkat daerah.

"Kerajaan akan beri wang pada Majlis Belia Negeri untuk tampung aktiviti sampai pilihan raya nanti agar bekerja kuat bagi memastikan kita dapat tawan Selangor balik," katanya sambil menerima tepukan gemuruh hadirin.

No comments:

Post a Comment