Thursday, October 11, 2012

Anwar Ibrahim Bukan 'The One And Only' Pemimpin Berfahaman Liberal

Jangan kita rujuk kepada orang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. Ye lah Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan,’ katanya.

“Takpelah, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," katanya

"Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.
(yang berwarna adalah ucapan DR harun Din. Dia tidak kata pun Anwar Ibrahim Liberal)

Islam Liberal

Menurut Kurzman, Islam liberal merujuk kepada pentafsiran Islam yang lebih terbuka terhadap idea-idea demokrasi, pengasingan agama daripada politik, hak-hak wanita, kebebasan berfikir dan kemajuan manusia (human progress). Pentafsiran ini, menurut Kurzman, adalah selari dengan faham liberalisme dan gerakan liberal dalam budaya dan agama lain.-halaqah

Senang cerita Islam liberal ni bukan Islam bagi mereka yang membencinya. Bagi mereka yang menyintainya Islam tetap Islam.

Kaitan Anwar Ibrahim dengan organisasi dan individu yang berkait rapat dengan pemikiran liberal memang diketahui umum. Hanya Anwar seorang sahaja orang Malaysia yang begitu popular dan mendapat perhatian seluruh dunia dalam konteks pemikiran liberal.

Sebelum kita 'kafirkan' Anwar Ibrahim, kita fahami dulu apa itu liberlaisme.

Liberalisme [1] adalah falsafah politik atau pandangan diasaskan daripada idea-idea kebebasan dan kesaksamaan. [2] Liberal menyokong pelbagai pandangan bergantung pada kefahaman mereka akan prinsip-prinsip ini, tetapi secara umumnya mereka menyokong idea seperti pilihan raya yang bebas dan adil, hak-hak sivil, kebebasan akhbar, kebebasan beragama, perdagangan bebas, dan hak untuk kehidupan, kebebasan(1), dan harta.  Liberalisme menolak keistimewaan keturunan(3), agama rasmi negeri(2), monarki mutlak, dan Hak Raja-raja.- wikipedia.

Islam liberal  mengikut yang gua fahami ialah 'islam yang lebih toleransi terhadap hukum hakam' seperti amalan banyak manusia mengaku Islam di Malaysia.

Prinsip pegangan islam liberal - lebih kurang begini

1. aku islam tapi aku minum beer                                                        
2. aku islam tapi aku pelihara dan berniaga babi melaui proksi        
3. aku islam tapi aku tak mahu terima hukum islam (hudud)              
4. aku islam tapi aku tak sembahyang dan tak puasa                            
5. aku islam tapi aku berniaga arak sekadar pemegang saham terbesar
6. aku islam tapi aku 'trade' pork belly dalam bursa komoditi  
7. aku islam tapi aku tak tutup aurat                                                      

Daripada semua di atas berapa ramaikah penganut islam liberal di Malaysia sekarang ini? Adakah si pelaku di atas akan mengaku bahawa mereka berfahaman liberal?

Kita terus mendongak ke langit dengan angkuh tanda marah dan meludah ke bumi tanda benci apabila mendengar nama Anwar Ibrahim dengan label 'liberalisme' tanpa memikirkan apakah sebenarnya liberalisme.

Apabila kita benci akan sesuatu pihak atau individu kita lekas meletakkan batu asas yang kukuh untuk memantapkan kebencian kita kepadanya. Itulah yang berlaku kepada Anwar Ibrahim dalam isu liberalisme.

Walau bagaimanapun liberalisme ini tetap berbahaya kepada Islam keseluruhannya JIKA dua perkara yang berwarna biru dalam definisi di atas dilaksana.

Pertama, apabila kebebasan tanpa batasan diizinkan kepada individu yang berkenaan, (contohnya pengamal budaya seksual LGBT) keruntuhan Islam akan bertambah cepat. Tapi apa bezanya dengan keadaan di negara kita sekarang? Pengamal LGBT bebas mengamalkan tabiat sex mereka dan menguasai (jika tidak memiliki) beberapa buah kelab malam untuk bertemu dan melampiaskan nafsu mereka. Berapa ramai LGBT ditangkap dan didakwa kerana tabiat sex mereka? Yang pasti belum ada. Yang ada hanya tangkapan terhadap pondan kerana tuduhan 'melacur' dan bukan kerana tabiat sex mereka.

Yang ke dua ialah penolakan terhadap agama rasmi. Jika PR memerintah mungkinkah status Islam sebagai agama rasmi negara akan dilupuskan? Kita andaikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang mengamalkan Islam liberal sekalipun, status Islam sebagai agama rasmi negara tidak akan terlucut kerana parti komponen terutama PAS tidak akan merestui perlucutan tersebut. umno sebagai pembangkang pada masa itu juga akan mengundi tidak setuju. Ingat umno terpaksa buktikan bahawa mereka lebih islamik untuk memenangi hati rakyat dalam PRU berikutnya. wakaka.

Sebagai seorang PM adakah Anwar mahu merisikokan jawatannya dengan melakukan sesuatu perubahan yang nyata akan membuatkan 100% umat Islam marah? Sudah tentu tidak. Adakah anda fikir Anwar Ibrahim akan melakukan perbuatan bodoh tersebut?

Dan ketiga ialah penolakan terhadap keistimewaan keturunan. Ini soal melayu la. Melayu takut akan kehilangan hak isteimewa mereka. Apa bende hak keistimewaan melayu? Sepanjang gua ingat gua tidak ada beza dengan member-member keturunan cina dan india. Kereta gua beli sama harga, rumah gua beli sama harga, Makan kfc sama harga, masuk universiti yuran sama,

So apa keistimewaannya? Tanah rizab melayu ke.... wakaka. Tanah rizab melayu pun 40% cina dah beli .

Kalau lu orang nak tau apa keistimewaan melayu lu orang pergi tanya usahawan tajaan umno, kontraktor umno dan kroni besar.Diorang mungkin tahu.  Gua tak nampak beza antara gua dengan orang-orang cina dan india..

Sebelum wa cau...  bacalah iklan ini  gua tolong kempen untuk blogger halaqah

Sinopsis : ISLAM LIBERAL
Islam Liberal, satu aliran yang menolak kesepakatan ulama serta menafsirkan al-Quran dan Hadis menurut fahaman akal. Mereka adalah golongan yang begitu ghairah ingin menyebarkan ilmu agama. Namun, apa yang mereka sangkakan betul itu tidak menepati al-Quran dan Sunnah. Tafsiran dan penjelasan mereka penuh dengan kekeliruan serta boleh menggugat aqidah umat Islam.

Akhirnya, golongan intelek, fanatik, ekstremis dan golongan yang kurang ilmu agama, begitu mudah menerima aliran ini. Apa tidaknya, hanya berhujahkan logik akal semata-mata mereka sudah terpedaya. Antara isu yang diperjuangkan seperti wanita menjadi imam kaum lelaki, persamaan hak lelaki dan wanita, menolak sistem poligami, tudung tidak sesuai di zaman moden dan sebagainya.

Pernahkah anda terfikir, mungkin segelintir saudara seagama yang anda kenali terjebak dengan fahaman dan aliran yang kian menular ini? Atau mungkinkah anda juga terpengaruh dengan aliran ini?
Menyedari bahayanya aliran ini, buku ini diterbitkan untuk menyedarkan anda agar berpegang teguh pada al-Quran dan Sunnah yang sahih. Buku Islam Liberal ini menjelaskan secara terperinci ciri-ciri aliran ini. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda perlu memiliki buku ini sekarang.

Harga : RM 6.00
Halaman :176
ISBN : 967-86-0260-1
Penerbit : alaf21



adios 

.


No comments:

Post a Comment