Monday, October 15, 2012

Budak Baru Tumbuh Gigi Belasah Nasharuddin Mat ISa

Kenyataan Nasha mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam

Kumpulan Siswa Islam Tuntut PAS Gantung Keahlian Nasha
Kumpulan mahasiswa Islam mendesak Majlis Syura PAS mengheret bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa ke tribunal hisbah kerana kenyataannya tentang kemenangan Islam sebelum ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Syis Abdul Kadir mendakwa, kenyataan Nasharuddin bahawa kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir" mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam.

"Tegasnya saya mendesak agar Majlis Syura PAS membawa Nasharuddin ke tribunal hisbah di atas kesalahan yang dilakukan serta memberi hukuman sekurang-kurangnya digantung keahlian PAS.

"Ini adalah demi menjaga keharmonian dan imej Islam," katanya.

Persatuan yang dekat dengan pembangkang itu juga berhujah, terdapat banyak kerjasama politik dan perkongsian kuasa dalam sirah yang membina kemenangan Islam, seperti konsep himayah, peristiwa hilful fudhul dan pembukaan kota Madinah,

"Apakah beliau benar-benar tidak menyoroti sirah Rasulullah SAW serta peranan dan keperluan tahaaluf siyasi (kerjasama politik) atau buat-buat jahil?" soal Syis.

Nasharuddin pada 9 Oktober lalu berlata seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.

Dalam pembentangan di majlis wacana di Kuala Lumpur, Nasharuddin membangkitkan persoalan sama ada bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".

Akhlak pemimpin Islam
Dalam sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Syis juga berkata, secara realitinya, PAS perlu konsisten dengan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk memastikan misi ke Putrajaya bukan sekadar polemik politik.

"Tidak cukup dengan penganjuran jelajah dan himpunan, namun apa yang lebih penting ialah memastikan tiada dalam kalangan kepimpinan PAS yang masih berfikiran kuno seperti Nasharuddin Mat Isa," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Nasharuddin berhubung isu 'doa Kristian' sebelum ini apabila membuat tuduhan tanpa bukti - tindakan yang didakwa mencemarkan imej Islam.

"Ia mencemar imej Islam apabila bekas kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura gerakan Islam utama di Malaysia yang berkelakuan sedemikian.

"Apakah fitnah dan pecah belah itu akhlak seorang pemimpin Islam?" soalnya.

Nasharuddin sebelum ini mendakwa, satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" sempena meraikan kemenangan DAP selepas pilihan raya negeri.

DAP Sarawak bagaimanpun menafikannya dan mendakwa tuduhan itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab. - Mk

BUKTI PEMINDAHAN WANG HARAM KELUARGA SHAHRIZAT DIDEDAH


PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti terbaru pemindahan wang haram melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading) lembu.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Rafizi mengemukakan satu transaksi Global Biofuture — sebuah syarikat broker berpusat di Singapura yang dikawal oleh keluarga Shahrizat — yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Menerusi bukti dokumen e-mel, cek dan invois yang didedahkan, Rafizi mendakwa wang NFC telah dipindahkan secara haram kepada Global Biofuture melalui National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang mana ia diluluskan oleh anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran Mohamed Salleh selaku ketua pegawai eksekutif.

Rafizi juga mempersoalkan tujuan pemindahan wang berjumlah US$990,402 (RM3,065,000) kepada Global Biofuture, yang didakwanya langsung tiada kena mengena dengan NMLC atau NFC.

Bagi mengesahkan lagi dakwaan tersebut, Rafizi mengemukakan satu invois bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd (SEALS), yang berpusat di Darwin, kepada Global Biofuture bagi menguatkan buktinya berlaku pemindahan tersebut.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).

AES Balun Duit Rakyat Berjuta Sehari

Info Saman~63,558 Masuk Perangkap Kamera AES : Menurut laporan, sebanyak 63,558 imej kesalahan trafik telah dirakam menerusi 14 kamera AES, Sistem Penguatkuasaan Automatik yang beroperasi sejak 23 September lalu.

melalui keseluruhan jumlah itu, bermakna secara purata sistem tersebut merakam 5,778 kesalahan trafik setiap hari.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej kenderaan yang telah dirakam sedang disemak untuk pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Jika saman yang dikenakan adalah RM2000 setiap satu seperti yang dilaporkan sebelum ini bermakna jumlahnya menjangkau 11juta sehari berdasarkan 5778 kesalahan trafik seperti di atas. Masyuk!!!! sapa tak mampu bayar jual tanah, jual rumah pada menteri untuk setel saman. Menteri boleh jual tanah dan jual rumah anda untuk hidup kaya raya.bravooooo!!!! Hidup mamak!!!

Teringin nak tengok muka-muka cai yang kena bayar saman RM 2000 setiap kali terpenagkap melepasi had laju.

No comments:

Post a Comment