Thursday, September 13, 2012

Tukang Kencing Gambar Nik Aziz Bakal Dinobatkan Sebagai Wira


KUALA TERENGGANU, 11 Sept (Bernama) -- Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.

"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.

Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran.dipetik daripada-yahoo

 Wira apanya. kalau mamat-mamat ni dapat anugerah wira. mau gua jempas laptop ni.

Semoga semua ini bukan wayang. Keadilan perlu ditunjukkan. Malaysia bukan negara cap ayam. Malaysia negara berdaluat. Kalau ada dua undang untuk kumpulan manusia yang berbeza maka daulat Malaysia jadi berulat.

No comments:

Post a Comment