Monday, September 10, 2012

Rakyat Malaysia DiperHamba Selama 26 Tahun

Keterlanjuran yang disengajakan oleh umno bn selama memerintah tidak pernah cuba untuk diperbaiki. Kehidupan rakyat yang sepatutnya sudah jauh lebih maju dan gembira disentap dek kerakusan para pemimpin yang hanya mementingkan serakah mereka di dunia ini.

Tidak dinafikan Malaysia kini maju walau tidak setanding Thailand dan Singapura. Jauh sekali untuk menandingi Jepun dan China. Kemajuan yang dicapai negara adalah hasil titik peluh rakyat yang bekerja bertungkus lumus mencari rezeki dan lebihan daripada rezeki tersebut dibayar kepada kerajaan Malaysia atas nama cukai.

Ketamakan dan kerakusan pemimpin membuatkan rakyat hidup tertekan apabila RM menjadi matlamat utama kepimpinan. Cukai yang tinggi yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat adalah suatu yang sangat dikesalkan. Cukai pendapatan adalah cukai yang sering dibincangkan dan menjadi fokus utama setiap kalai belanjawana negara dumumkan.

Cukai-cukai lain yang dikenakan kepada rakyat tidak dibincang langsung kerana mereka tahu hanya segelintir rakyat yang tahu akan cukai yang dikenakan. Sebagai contoh, berapa kerat rakyat Malaysia yang tahu harga sebenar sebuah kereta import?

Harga yang dipamer di bawah ialah harga yang sudah di mark up oleh pengedar. Namun yang perlu diberi fokus ialah DUTI  EKSAIS





Duti eksais adalah cukai. Cukai tersebut dibayar oleh rakyat apabila membeli kenderaan tersebut. Duti eksais ini sengaja dikenakan begitu rupa untuk menjamin rakyat berpendapatan sederhana membeli kenderaan nasional.



Cuba kita bandingkan pula harga kereta nasional yang dijual dalam negara dan yang dijual di luar negara.


Mengapa harga kereta nasional dalam negara lebih mahal harganya berbanding harga kereta yang sama yang dijual di negara luar?

Mari sama-sama fikir....

Kos pembuatan kereta nasional untuk eksport adalah lebih tinggi kerana terpaksa memnuhi piawai negara-negara pengimport. Ditambah pula kos pengangkutan, cukai pelabuhan dan cukai import yang dikenakan negara pengimport.

Agak agak berapakah harga kereta nasional yang dijual kepada pengedar untuk pasaran asing? Kalau dicongak harga jualan kereta proton semua model di atas adalah sekitar belasan ribu RM sahaja setelah ditolak kos pengangkutan dan cukai.

Dengan harga kereta nasional yang mahal dan berkualiti rendah berbanding kereta nasional untuk eksport menunjukkan betapa bodohnya rakyat Malaysia selama ini. Kita ditipu sejak pengeluaran model pertama proton sehingga kini. Dah berapa lama tu bro?? Dah 26 tahun beb! Itu pun mereka tak kenyang-kenyang.

Daripada situ kita tahu bahawa kita adalah hamba di negara sendiri. Kita adalah hamba tanpa sedar. BN dengan rakus menggunakan tulang empat kerat kita untuk kesenangan hidup pemimpin-pemimpin mereka. 

Tahukah anda siapa pemilik vendor-vendor yang membekalkan komponen-komponen proton? Datang ke Shah Alam gua kasi tunjuk kilang-kilang vendor pembekal proton. Kalau nak tahu pemiliknya lu orang tanya pekerja-pekerja di situ. Lepas tu lu orang kasi cek nama yang diberikan di mana-mana cawangan umno.

Hanya kenderaan nasional yang mampu dibeli rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Mahu tidak mahu rakyat kena beli juga kerana kereta adalah keperluan hidup sama ada untuk beriadah atau bekerja.

Dengan penurunan harga kereta nasional ke aras yang sepatutnya rakyat akan dapat membeli rumah kos sederhana dan hidup bahagia dengan keluarga tanpa pertambahan kos. Bayangkan ansuran kereta dan rumah hanya dalam lingkungan RM 700 sebulan. Keluarga yang berpendapat RM2000 sebulan boleh hidup dengan aman dan damai.walau pun masih cukup-cukup makan kerana barangan lain masih mahal kerana minyak mahal.

apa hal kereta polis Malaysia kat Dubai pulak ni.Patut la saman trafik naik sampai RM2000
adios

No comments:

Post a Comment