Thursday, September 20, 2012

Quepacs Tuntut Lebih Sebulan Gaji

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menawarkan untuk bekerja lebih masa setiap hari sekiranya kerajaan melaksanakan enam tuntutannya, termasuk bayaran lebih sebulan gaji.

Presiden kesatuan itu, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersedia membincangkan perkara itu dalam kongresnya, sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan mereka dalam pengumuman Bajet 2013 pada 28 September ini.

"Cuepacs akan pastikan perubahan pekerja. Kita akan minta mereka bekerja lebih masa 15 minit sehari iaitu, datang seawal 7.45 pagi dan pulang 5.15 petang," kata Omar.

Katanya, Cuepacs juga menuntut supaya perdana menteri mengumumkan rancangan baru untuk menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan Mac lalu.
Selain itu, Cuepacs mahu kerajaan menurunkan harga rumah kepada kadar RM60,000 hingga RM150,000 untuk membolehkan penjawat awam berpendapatan kurang RM3,000 memilikinya, kata Omar.

Cuepacs juga meminta kerajaan menurunkan kadar faedah untuk pinjaman berkenaan, katanya lagi yang menambah, perkara itu pernah dibangkitkan sejak tahun 2010.

Kesatuan itu juga menuntut supaya kerajaan mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah pekerja.

Omar berkata, sebelum ini MBJ di peringkat persekutuan telah dimansuhkan oleh kerajaan tanpa memaklumkan kepada pihaknya.

"Kita serahkan semua ini pada kerajaan. Tak boleh pada orang lain kerana saluran kita (adalah) kerajaan.

"Kita mahukan penjawat awam yang berkualiti seiring dengan apa yang kita tuntut dan kerajaan mahukan," katanya lagi dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas mengadakan mesyuarat majlis tertinggi Cuepacs hari ini.-Malaysiakini

Inilah yang dinamakan menangguk di air keruh
Tapi tak apa. Depa dok balun banyak

adios


No comments:

Post a Comment