Wednesday, September 5, 2012

Pemuda PAS Pulak Beli Nombor Ekor

Susulan gambar pemuda melayu yang memakai baju umno membeli nombor ekor disiarkan oleh beberapa blogger termasuk wasukalu dalam entry yang bertajuk Melayu Ni Beli Nombor Ekor Pakai Baju Parti XXXX , blogger pro umno membuat fitnah baru dengan mengedit gambar tersebut. Pemuda yang berbaju merah berlambang umno bertukar kepada pemuda berbaju hijau berlambang PAS. Namun pilihan warna baju yang tidak tepat membuatkan gambar tersebut boleh dinilai sebagai palsu dengan mudah.


Memang dahsyat diorang ni. Sedikit pun tidak rasa berdosa. Menyebarkan gambar palsu. Apa yang mereka tahu hanya memutarbelitkan fakta. Ini isu kecik. Isu-isu besar pun serupa juga depa dok pusing line sana sini. Kesian kat mereka yang dah hilang nilai agama kerana mempertahankan kemungkaran rakan-rakan mereka. Hanya kerana umno.

Menipu dan memutar belit fakta sudah jadi nasi bagi mereka. Terbiasa sangat. Sampai tidak terasa diri berbuat dosa kerana menipu ramai orang. Org politik menipu dapat duit, hidup senang lenang di dunia. Tetapi malang pencacai menipu untuk membela parti. Habuk pun tarakkk! Hukuman tuhan di alam barzah, padang mahsyar dan neraka sedia menanti. Janji Allah adalah pasti. Semoga dibukakan hati untuk bertaubat.

Ingatlah wahai sahabat blogger pihak umno bn, ruginya berbuat dosa tanpa keuntungan duniawi kerana orang politik menipu untuk hidup mewah di muka bumi. Di akhirat mereka rugi. Kalian yang menipu tanpa hasil duniawi mendapat rugi di dunia dan akhirat. Fikir-fikirkan lah.


adios

No comments:

Post a Comment