Wednesday, September 19, 2012

Mereka Ini Turut Menghina Islam--Bikin Gua Hangin

Sejak kemunculan klip video 'innocence of islam' yang disiar di internet, barulah seluruh dunia gempar.Itupun dek kerana serangan yang mengakibatkan kematian empat diplomat Amerika. Umat Islam di seluruh dunia mula bangkit menentang penghinaan yang sangat menyakitkan hati itu.

Apabila diselidik di internet didapati pembuat filem adalah seorang lelaki arab keturunan Mesir yang menetap di Amerika Syarikat. Seorang penjenayah besar yang menjalankan perniagaan dadah dan penipuan.

Sebelum itu beberapa kes penghinaan terhadap Islam terutama membabitkan Al Quran dan Nabi Muhammad S A W telah disebarkan di internet dengan begitu meluas. Tidak terkira kesal dan marah di hati apabila perbuatan itu dilakukan oleh umat Islam sendiri.


Inilah manusia yang suatu ketika dahulu dinobat sebagai seorang pemikir islam malah ada sesetengah manusia yang taksub dengannya menyifatkannya sebagai seorang ulama yang jauh lebih hebat daripada ulama kelahiran Universiti Al Azhar. Begitulah bodohnya orang-orang melayu yang menyanjung, memuji dan menjilat tapak kaki manusia ini.

Kenyataan terbarunya terbarunya yang menganggap hudud tiada dalam Al Quran dan hanya merupakan ciptaan orang tertentu merupakan kenyataan bodoh seolah-olah dia bukan seorang yang menganut Islam.

Selain mamat di atas tu, ada pulak seorang ulama yang membuat fatwa bodoh dengan menyatakan berhimpun (ditujukan kepada perhimpunan bersih 3) adalah haram. Kemudian timbalan menteri  menafikan kenyataan itu adalah fatwa.  Tidakkah mereka terfikir bahawa membuat sesuatu fatwa dan kemudian menafikannya sangat memalukan agama Islam?

Selepas itu wujud pula seorang ustad sekolah pondok yang turut mengeluarkan fatwa menyatakan undi DAP haram tetapi undi MCA halal. Letih otak berfikir bagaimana seorang guru sekolah pondok boleh mengeluarkan kenyataan demikian. Kenyataan yang ternyata berat sebelah dan tidak adil.Hakikatnya mengundi kedua dua calon parti tersebut adalah haram sekiranya calon parti itu adalah bukan Islam dan yang menentang mereka adalah seorang Islam dan mukmin.

Sekiranya kedua- dua calon adalah bukan Islam maka pilihlah yang lebih baik antara mereka. Dalam konteks ini DAP adalah jauh lebih baik daripada MCA kerana belum pernah membuat onar kepada orang Islam dan tidak pernah terbabit dengan apa-apa skandal dan penyelewengan. Tetapi MCA pernah terbabit dengan dua scandal besar dalam negara yang membabitkan kerugian berbilion ringgit wang pembayar cukai.

Baru-baru ini juga, Islam dimalukan dengan begitu hina sekali oleh manusia-manusia yang bernaung di bawah payung Perkasa. Mengamuk di dalam masjid dan paling tidak dapat diterima ialah perbuatan membaling kasut ke dalam masjid. Dalam kes ini gua menganggap individu itu telah membaling najis ke dalam rumah Allah kerana kasut yang di baling pastinya kotor dan tidak mustahil pernah memijak najis sama ada najis berat atau najis ringan.

Adakah mungkin individu itu meyucikan dahulu kasutnya sebelum melontarkannya ke dalam masjid?

Terkini- Seorang blogger yang dipercayai pro umno telah menggantikan gambar kaabah dengan gambar separa bogel dan ditopengkan dengan wajah TGNA. Gambar tersebut memaparkan jutaan umat Islam sedang mengerjakan ibadah sekeliling 'gambar TGNA' Bukankah itu penghinaan kepada agama Islam?



Apabila Khairi Jamaluddin menyeru umat Islam berhimpun bagi membantah tindakan membuat dan menyiarkan filem menghina Nabi Muhammad yang bertajuk ' Innocence of Muslims', gua rasa nak tergelak. Memang macam pokewak kepala wotak diorang ni.

Jelas sekali mereka ini mengada-ngada dan menunjuk-nunjuk. Tiada keikhlasan dalam jiwa mereka terhadap Islam. Apabila penghinaan dilakukan oleh seseorang dari kelompok mereka, mereka akan diam membisu tanpa sebarang kenyataan untuk memperbetul keadaan demi maruah agama Islam secara hakiki.

Selepas itu wujud pula perempuan bergelar artis di Indonesia yang membuat tatoo tulisan arab yang merupakan sebaris ayat laungan azan

Selebihnya adalah dilakukan oleh orang-orang bukan Islam seperti Niki Minaj yang menggunakan lirik lagu yang menghina Islam dan beberapa selebriti lain. Paling banyak dilakukan mereka adalah melukis tatoo ayat Al Quran di tubuh mereka, melukis kartun hina nabi dan Islam, dan video pendek.

adios

No comments:

Post a Comment