Saturday, September 1, 2012

MB Selangor: Ambilalih EDL satu cara langsaikan hutang MRCB

Oleh Nomy Nozwir
PETALING JAYA, 31 Ogos — Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata, pengambilalihan Lebuhraya Laluan Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru adalah satu cara kerajaan untuk membayar hutang-hutang syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Menurut Khalid (foto fail), beliau bimbang sekiranya pengambilalihan lebuhraya tersebut tidak berdasarkan nilai pasaran, pengurusan akan menjadi lembab dan tidak efisyen.
“Kita mahu pengambilalihan ini berdasarkan nilai pasaran dan bukannya dari campurtangan kerajaan,” kata Khalid dalam temuramah dengan The Malaysian Insider.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata, isu ini adalah isu yang serius dan menimbulkan persoalan sama ada ia akan menjadi sebuah lagi penswastaan atau kekal menjadi milik kerajaan.

Semalam, kerajaan persekutuan mengumumkan akan mengambil alih EDL di Johor Bahru dari syarikat konsesi MRCB untuk mengelakkan kenaikan harga tol enam kali lebih mahal untuk ke Singapura, dimana Pakatan Rakyat (PR) akan berkempen untuk menyerang kubu kuat Umno itu.
MRCB telah menetapkan harga tol sebanyak RM9.10 sehala untuk laluan EDL yang bernilai RM1 billion dari Tambak Johor ke pusat imigresen.

Lebuhraya EDL dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun ini, menghubungkan Tambak Johor dan pusat imigresen sehingga ke persimpangan Pandan di lebuh raya PLUS, sepanjang 8.1 kilometer.

Projek EDL ini adalah sebahagian dari Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun ini, untuk menyuraikan kesesakan trafik di timur bandar raya Johor Bahru terutamanya di Stulang, Pasir Gudang dan Permas Jaya.-TMI

adios

No comments:

Post a Comment