Saturday, September 1, 2012

MB Kedah sakit, mesyuarat Exco akan diadakan di hospital

Oleh Nomy Nozwir
KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Keadaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar semalam.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, beliau telah berbual dengan Azizan dan juga berbincang dengan doktor yang merawat menteri besar itu.

"Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

"Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

"Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini di bawah pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting," kata Mustafa dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mustafa berkata beliau diberitahu bahawa MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, mesyuarat tersebut akan diadakan di hospital.
Sehubungan dengan itu kata Mustafa, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.

Azizan merupakan menteri besar Kedah ke-10 dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Sungai Limau.
Beliau mula memegang jawatan tersebut selepas gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) memenangi 22 daripada 36 kerusi dewan undang negeri di Kedah pada pilihan raya umum 2008.-TMI

adios

No comments:

Post a Comment