Friday, September 21, 2012

Kewujudan Video Intim Kate Dan William Kini di Didedah

Walaupun ancaman tindakan undang-undang dan keputusan mahkamah memihak kepada keluarga diraja British, Kate Middleton namun keseluruhan skandal gambar topless tidak terpadam begitu sahaja malah,menjadi lebih teruk.

Para editor tabloid Perancis iaitu Closer, yang menerbitkan imej Kate tanpa coli, kini mendedahkan bahawa mereka mempunyai satu lagi set gambar yang lebih "intim" berbanding yang telah dicetak.

Editor, Laurence Pieau, dilaporkan dipetik oleh akhbar Perancis mengatakan bahawa dia telah ditawarkan "lebih daripada 200 gambar yang jelas" tetapi telah menolak untuk menerbitkannya.

Beliau juga menambah bahawa Mag telah memutuskan untuk menerbitkan hanya satu set imej yang dipilih , tetapi beliau "tidak akan menyembunyikan hakikat bahawa terdapat gambar lebih intim yang tidak disiarkan dan tidak akan dierbitkan."

Laurence juga membayangkan bahawa dia juga mempunyai video yang sangat jelas memaparkan hubungan intim Will dan Kate . Bagaimanapun, beliau tidak mengatakan sama ada mereka akan menyiarkan atau menjual klip video tersebut.

Berita mengejutkan ini muncul selepas tabloid Itali Chi menerbitkan 26-halaman khas gambar topless Kate walaupun berdepan ancaman tuntutan mahkamah oleh Keluarga Diraja British.-yahoo

adios

No comments:

Post a Comment