Thursday, September 6, 2012

Isu panas paspb2.blogspot.com

KUALA LUMPUR – Gabungan Pribumi Prihatin Sabah (GPPS) memberi tempoh tujuh hari kepada pemilik blog PAS Parit Buntar (www.paspb2.blogspot.com) dan FreeMalaysiaToday.com untuk tampil memohon maaf kepada rakyat Sabah, hari ini.

Tempoh bekenaan diberikan kepada dua blog pembangkang itu berikutan mereka telah menyebarkan berita penipuan dan palsu semata-mata untuk pecah-belahkan rakyat negeri itu.

Setiausaha GPPS, Zulkifli Osong, dalam kenyataan yang dikeluarkan, berkata GPPS memandang serius terhadap penipuan dan berita palsu yang disebarkan oleh blog pembangkang melalui media online.

“Bahan berita seumpama ini hanya penipuan untuk mengelirukan rakyat Sabah serta merupakan tektik jahat pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN Sabah.

“Kerajaan BN Sabah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi jadi jangan sesekali cuba menghasut mereka,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, semalam.
Antara penipuan yang telah dikeluarkan oleh dua blog terbabit adalah Barisan Nasional (BN) di Sabah berpecah belah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merombak pucuk pimpinan negeri itu semula.

Selain itu, terdapat juga berita palsu yang mengatakan Ketua Menteri Sabah telah diminta mengambil cuti kerana tidak dapat memerintah dengan stabil.

Sehubungan itu, Zulkifli menjelaskan pihak GPPS tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika dua blog tersebut gagal memohon maaf dan menarik balik apa yang ditulis dalam tempoh yang diberikan.--mynewshub
Oleh: Kasih Isa          

OOps!!!  lupa nak bagitau. minyak petrol RON97 naik 10sen mulai jam 12.pagi ini 6.9.2012 

wakaka

Nak Tengok Macai Setan? klik Setan Dah Ada Macai

adios

No comments:

Post a Comment